Fashion But Still Muslimah

Assalamualaikum

Kenapa Tajuk Macam gegurl sangat? Bukan apa saya ni lelaki. Keluar pon dari rahim seorang Wanita (Alhamdulillah for giving me a great Mak Owh Allah), kakak pon ramai sepupu sepapat kawan-kawan pon ramai yang perempuan. So salah ke saya nak tulis mengenai mereka?

Ok lah back to mood nak share ilmu kat semua orang... Dulu kalau kita perhatikan, tak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menutup aurat mereka. Tapi sekarang dah lain. Alhamdulillah. Banyak faktor yang menyumbang kepada imej bertudung dan Islamik bagi masyarakat Malaysia yang sah sah Sebuah Negara Islam (termaktub dalam Perlembagaan Malaysia OK). Jadi Apakah yang menyebabkan masyarakat Malaysia teringin untuk tampil bertudung?

Dengan adanya ramai artis yang penampilannya bertudung menjadikan ramai antara pengikut atau peminatnya untuk kelihatan sama dengan artis pujaan mereka. Artis-artis baru seperti Najwa Latiff, Yuna, Ainan Tasneem, dan juga Tasha Manshahar yang mempunyai pengaruh dan peminat tersendiri dengan fesyen tudung yang spesifik menjadi ikutan dan trend semasa. Ada hikmah di sebalik kelahiran artis-artis wanita tersebut.



Ya dan hal ini tidak salah dan disokong oleh ramai Ulamak tanah air. Tetapi jika ingin menutup aurat kerana fesyen, seseorang itu tidak mendapat pahala dan tidak pula mendapat dosa. Kerana mereka telah menutup aurat dari pandangan seorang lelaki ajnabi. Jika niat untuk menutup aurat itu kerana ingin melahirkan rasa taqwa dengan perintah Allah, maka itulah yang mendapat pahala. Jadi betulkanlah niat diri masing-masing supaya kita tidak kerugian.



Fesyen tudung sekarang ini pun tidaklah seperti dahulu. Plain and look boring bak kate Justin Bieber ( bile plak die cakap??) sekarang ni dah bermacam fesyen tudung yang cantik-cantik mudah didapati. Kemudian ramai pula artis wanita yang telah diberikan hidayah oleh Allah SWT berhijrah dan menutup aurat mereka. Ini menggalakkan lagi industri fesyen Muslimah di Malaysia. Wardina Safiyyah, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Sheila Rusly, Enot, Aida Khalida, Dato' Syarifah Aini, Dato' Seri Siti Nurhaliza, Ayu Raudhah, Abby Abadi, Farah Asyikin, Farah Brick2, Raja Farah dan banyak lagi.. You name it. Yes mereka tampil dengan imej yang berbeza dan mengenengah fesyen tersendiri.



Kita selaku seorang Muslim, janganlah mengecam mereka yang baru nak pakai tudung, nasihatkan mereka dengan elok, jika ade yang masih terdedah tidak mengapa kerana mereka dalam usaha mengikuti surhan Allah. Jika kita terus kecam, mereka akan rasa terpaksa dan berfikir bahawa ajaran Islam ini adalah sesuatu yang sukar diikuti.



Jadi kalau nak suruh seseorang itu menutup aurat atau bertudung, belikan tudung yang cantik kepada mereka sebagai hadiah. Mereka akan tergerak hati untuk bertudung. Puji kawan yang dalam usaha untuk berhijrah. "Awak nampak makin cantik la pakai tudung ni" ini boleh melembutkan hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna.



Ustazah saya pernah bercerita yang pada suatu masa ketika di zaman Rasulullah, Allah telah menurunkan wahyu untuk menutup aurat bagi lelaki dan perempuan, semua wanita yang ada di tempat tersebut berlari-lari mendapatkan langsir yang ada di situ untuk menutup badan dan kepala mereka. Hurm  tengoklah betapa bertaqwa nya mereka kepada Allah, tiada sebarang bantahan disuarakan.

Jadi kecantikan seseorang wanita itu hanyalah untuk mereka yang halal baginya.

Zaman sekarang tak.. duduk kat rumah ngan suami rambut serabai muka penuh ngan airliur basi.. keh keh keh.. Tapi time nak keluar pegi shopping ke ape.. melaram bagai nak rak.. habes segala BRAND produk kecantikan ade kat muka. Try to improve yourself or else your husband might stuck on other woman.



MAY ALLAH OPEN YOUR HEART AND SOUL TO FOLLOW HIS RULES.

Comments

  1. LIKE U ENTRY !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. make sure its beneficial in our life

      Delete
  2. Seriusly.. ima suka post ni.. Memang betul..walau mcmana pun kita ikut trend atau ingin bergaya. make sure tidak melampaui batas aurat yg ditetapkan oleh Allah S.W.T.. InsyaAllah.. ima harap walau segaya atau setrend manapun ima bertudung make sure Allah no 1 di hati kita. (^^)Y

    ReplyDelete
  3. Hey, aku follow. Datang la jenguk blog aku. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

SPM Result Quotes

Ini Sejarah Kita ISK