Ustaz Azhar Idrus's Respond
Assalamualaikum
ni saya kongsikan Respon Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai isu "HAIWAN-BR1M" yang dipetik dari Akhbar Harakah Daily online..
Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus
Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.
"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.
"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"
Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.
Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."
Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.
"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.
"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?
"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.
Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.
"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.
Analogi haiwan
Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.
Berikut adalah analogi itu:
Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..
Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..
Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....
Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!
Kan.. Orang sekarang ni dah tak paham Kiasan, Perumpamaan, Peribahasa dan sebagainya.. SPM punyelah nak BM wajib Lulus.. tapi still dangkal..
Owh Allah Please Safe Malaysia..

Comments
Post a Comment