expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 27 February 2013

Bangun lah Wahai Anak Muda

Assalamualaikum..

Saya berasa sedih.. sedih dengan segala macam penjajahan yang berlaku dalam diri setiap remaja masa kini..

Kenapa kita biarkan diri kita dijajah? Kenapa kita mengikut apa yang orang lain lakukan.. walaupun kita tahu yang ianya sesuatu yang buruk..

Kenapa?? Kenapa biarkan perkara begitu ada dalam negara Malaysia??

Bukankah ia memudharatkan? Bukankah haram sesuatu yang memudharatkan bagi manusia??

Kenapa kita sanggup membazir wang hanya untuk sesuatu yang mampu tersejat dalam sekelip mata??

Banggakah kita menghembus keluar partikel partikel yang bahaya untuk kesihatan diri dan mereka di sekitar kita??

Adakah kita sedar bahawa dengan apa yang kita lakukan.. Orang lain akan menjauh??

Tanya lah diri.. bangun nurani.. Buka mata.. Buka Hati.. Buka Telinga.. Bangun.. Bangun..

Tidak kah kita sedang menghmapiri kerosakan?? Menghampiri Kehancuran??

Kita sedar ianya perkara buruk.. tapi kenapa kita tidak cuba menjauhinya??

Ketuklah pintu hatimu.. Sedarkanlah Fikiranmu.. Jangan Biarkan Ia Menakluk Jiwamu...

Pejabat POS??

Assalamualaikum

Hari ni Kubang Kerian dah kering sikit sebab Hujan pon dah agak reda ... 3 hari hujan berturut-turut dan ade dah tempat yang banjir.. huhu sebelum ni dah lame tak hujan.. lam sebulan camtu jugak la (lau salah jangan marah saye.. saye tak keje kaji cuaca) heheh.. hari ni pagi tak hujan kering and sunny je..

So kakak saye ajak la saye pergi teman die ke Pejabat POS Kubang Kerian.. tak tahu kat mane??? KFC Kenal?? kekeke.. Die nak Bank In duit skit, bayar Bil Astro (malas nak bayar online "eh ade jugak orang camni"..) and one more thing die nak Daftar Mengundi.. heheh cukup umur 2 tahun dah..

Saye pon pergi la n masuk lam Pejabat Pos tu n amek no segala bagai.. saye ditugaskan (chewahh) untuk bayar Bil Astro.. hehe so no. giliran saye cepat skit la.. time nak tunggu kakak saye punye turn tu yang lame skit.. Orang ramai.. semalam Hujan.. so hari kering ni lah die nak bawak segala surat menyurat nye.. kihkih..



ade la seorang Lelaki Dewasa ni.. cam tak reti bahasa n takde adab.. asyik2 pegi ke kaunter ngan potong queue.. hurm "tahulah kome Busy.. takkan takleh nak tunggu kejap kott?).. yes ramai org lam tu pandang je lelaki ni..seb baek Penjaga kaunter tu berhemah.. die tak layan laki ni n ask the man to back to his seat and wait his turn... even a pakcik pon leh sabar menunggu.. tak malu ke?.... Sabar itu kan separuh daripada iman..

Kita dalam apa keadaan sekali pon tunjukkan kita punye adab dan kesantunan .. jangan main bedal je.. Kang aku bedal jugak nanti.. keh keh.. ORANG Melayu kan terkenal ngan keindahan akhlak.. jadi cuba kita pikir.. bagaimana perasaan kita bile Orang Potong Q..?? kalau taknak orang buat kat kita.. jangan buat kat orang lain..

Actually..this is my first experience bayar Bil dan juga Masuk Pejabat POS.. kah kah.. thats all..

 (CAM MENYAMPAH JE NGAN ENTRI NI)

Tuesday, 26 February 2013

Ubah Persepsi Terhadap Poligami

Assalamualaikum..

Hurm nampak nya makin hari makin serius penulisan Qi ye.. hurm takpe lah nampaknya Qi dah ade sedikit kematangan dalam diri.. dulu budak hingusan .. skang ni remaja hingusan.. (time kene selesema sape leh elak)?? Tajuk ini sepaptutnya dibincangkan oleh orang-orang yang lebih berpengalaman dalam bab bab perkahwinan but ini Blog Qi.. saye punyepasal la nak tulis hape ponn.. (sorry kuang aja skit)

POLIGAMI.. apa yang terlintas di fikiran anda sejurus mendengar perkataan ini?? Cemburu, Kejam, Bahagia, Sengsara, Derita, Mak Tiri, Adik beradik lain mak, atau mungkinkah Bawang Puteh Bawang Merah?? Thumbs up kepada sesiapa yang fikir positif and cakap POYO kepada yang pikir bende negatif tu..


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 2)


Poligami itu bukanlah satu kewajipan tetapi satu keizinan yang diberi oleh Allah kepada hambanya. Sebenarnya hanya ISLAM lah satu satunya agama yang membolehkan seorang lelaki memiliki 4 orang pasangan hidup dalam satu masa. Apakah syarat kelayakan berpoligami?? TAKE NOTE MAN

    1. Berkemampuan untuk menyara nafkah isteri-isteri dan anak-anak 
    2. Berlaku adil kepada isteri-isteri.
         -Adil dalam menyediakan kediaman;
         -Adil dalam giliran malam; dan
         -Adil dalam musafir.
    3. Memberi didikan agama kepada isteri-isteri.


Kau mampu?? lau mampu carry on lah.. hehe

Jadi kalau rase dah penuhi syarat-syarat kelayakan tu bolehlah meneruskan hajat di hati.. Rasullulah sendiri mengamalkan poligami dan Baginda dan Isteri-isteri hidup bahagia.. 

Jadi kenapa perempuan zaman sekarang seperti mengecam jika seorang lelaki nak berpoligami atau bukak cawangan lain..?? Adakah perempuan sekarang risau bahawa suaminya tidak mampu untuk berlaku adil? tak mampu nak bahagikan kasih sayang sama rata? atau memang taknak berkongsi? ish kedekutnye.. hik hik. jangan marah ye..

so kita sepatutnya membunag persepsi negatif terhadap budaya poligami ini.. bayangkan berapa peratus kah orang perempuan di dunia ini berbanding bilangan lelaki? so kalau sume taknak kongsi.. anak dara tua lah jawabnya.. Sebenarnya Poligami ni ade banyak kebaikan dan kelebihannya..

Antaranya ialah:-

-Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
 -Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
 -Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai 

  isteri;
 -Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
-Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
 -Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
 -Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
 -Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
 -Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
 -Menambahkan keturunan-keturunan


sesiapa yang masih kurang pasti bahawa Poligami ini sesuatu yang baik maka fikirlah.. Takkan la Allah menghalalkan kepada manusia perkara yang mampu memudharatkan manusia itu sendiri???

itu sahajalah dari saya dalam segmen SERIUS kali ini (chewahh.. bile mase plak ade segmen bagai ni??)

Monday, 25 February 2013

Fashion But Still Muslimah

Assalamualaikum

Kenapa Tajuk Macam gegurl sangat? Bukan apa saya ni lelaki. Keluar pon dari rahim seorang Wanita (Alhamdulillah for giving me a great Mak Owh Allah), kakak pon ramai sepupu sepapat kawan-kawan pon ramai yang perempuan. So salah ke saya nak tulis mengenai mereka?

Ok lah back to mood nak share ilmu kat semua orang... Dulu kalau kita perhatikan, tak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menutup aurat mereka. Tapi sekarang dah lain. Alhamdulillah. Banyak faktor yang menyumbang kepada imej bertudung dan Islamik bagi masyarakat Malaysia yang sah sah Sebuah Negara Islam (termaktub dalam Perlembagaan Malaysia OK). Jadi Apakah yang menyebabkan masyarakat Malaysia teringin untuk tampil bertudung?

Dengan adanya ramai artis yang penampilannya bertudung menjadikan ramai antara pengikut atau peminatnya untuk kelihatan sama dengan artis pujaan mereka. Artis-artis baru seperti Najwa Latiff, Yuna, Ainan Tasneem, dan juga Tasha Manshahar yang mempunyai pengaruh dan peminat tersendiri dengan fesyen tudung yang spesifik menjadi ikutan dan trend semasa. Ada hikmah di sebalik kelahiran artis-artis wanita tersebut.



Ya dan hal ini tidak salah dan disokong oleh ramai Ulamak tanah air. Tetapi jika ingin menutup aurat kerana fesyen, seseorang itu tidak mendapat pahala dan tidak pula mendapat dosa. Kerana mereka telah menutup aurat dari pandangan seorang lelaki ajnabi. Jika niat untuk menutup aurat itu kerana ingin melahirkan rasa taqwa dengan perintah Allah, maka itulah yang mendapat pahala. Jadi betulkanlah niat diri masing-masing supaya kita tidak kerugian.



Fesyen tudung sekarang ini pun tidaklah seperti dahulu. Plain and look boring bak kate Justin Bieber ( bile plak die cakap??) sekarang ni dah bermacam fesyen tudung yang cantik-cantik mudah didapati. Kemudian ramai pula artis wanita yang telah diberikan hidayah oleh Allah SWT berhijrah dan menutup aurat mereka. Ini menggalakkan lagi industri fesyen Muslimah di Malaysia. Wardina Safiyyah, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Sheila Rusly, Enot, Aida Khalida, Dato' Syarifah Aini, Dato' Seri Siti Nurhaliza, Ayu Raudhah, Abby Abadi, Farah Asyikin, Farah Brick2, Raja Farah dan banyak lagi.. You name it. Yes mereka tampil dengan imej yang berbeza dan mengenengah fesyen tersendiri.



Kita selaku seorang Muslim, janganlah mengecam mereka yang baru nak pakai tudung, nasihatkan mereka dengan elok, jika ade yang masih terdedah tidak mengapa kerana mereka dalam usaha mengikuti surhan Allah. Jika kita terus kecam, mereka akan rasa terpaksa dan berfikir bahawa ajaran Islam ini adalah sesuatu yang sukar diikuti.



Jadi kalau nak suruh seseorang itu menutup aurat atau bertudung, belikan tudung yang cantik kepada mereka sebagai hadiah. Mereka akan tergerak hati untuk bertudung. Puji kawan yang dalam usaha untuk berhijrah. "Awak nampak makin cantik la pakai tudung ni" ini boleh melembutkan hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna.



Ustazah saya pernah bercerita yang pada suatu masa ketika di zaman Rasulullah, Allah telah menurunkan wahyu untuk menutup aurat bagi lelaki dan perempuan, semua wanita yang ada di tempat tersebut berlari-lari mendapatkan langsir yang ada di situ untuk menutup badan dan kepala mereka. Hurm  tengoklah betapa bertaqwa nya mereka kepada Allah, tiada sebarang bantahan disuarakan.

Jadi kecantikan seseorang wanita itu hanyalah untuk mereka yang halal baginya.

Zaman sekarang tak.. duduk kat rumah ngan suami rambut serabai muka penuh ngan airliur basi.. keh keh keh.. Tapi time nak keluar pegi shopping ke ape.. melaram bagai nak rak.. habes segala BRAND produk kecantikan ade kat muka. Try to improve yourself or else your husband might stuck on other woman.



MAY ALLAH OPEN YOUR HEART AND SOUL TO FOLLOW HIS RULES.

Sunday, 24 February 2013

Masjid Al Aqsa Sedang Hancur. Apakah Tindakan Kita??

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi satu artikel yang saya kira amatlah penting untuk disebarkan kepada Umat Islam di seluruh Dunia.. Masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama manusia sedang dicabuli oleh Golongan Israel untuk tujuan apa?? kita susuri entri dibawah yang saya petik dari blog MyBerita.com .. Sepatutnya Kita Umat Islam di Seluruh Dunai bangun Dan Menentang kekejaman mereka.. namun nampaknya setiap negara sedang asyik menjaga kedamaian dan kemewahan negara masing-masing..

 I HOPE MUSLIM WILL UNITE AND FIGHT FOR AL AQSA. INSYAALLAH



Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
 Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
 Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
 Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Tuhan Ra
Tuhan Osiris
 Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
 Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

ALLAHUAKBAR...

Hargai Mereka Di Sekelilingmu

Assalamualaikum

Rasa tertarik untuk mengupdate blog bertahuk serius hari ni.. Whatt ?? Like Seriously hihi.. ye la bukan ape.. berdasarkan apa yang saya lalui selama ini.. saya rase terpanggil untuk berkongsi ngan korang semua (sape entah)..

kenapa manusia ni bile bende ade depan mata buat tak hirau n bile takde baru lah sibuk mencari...??

ye inilah sifat manusia.. Mudah lupa.. lupa kan segala sesuatu yang terjadi atas diri mereka.. orang di sekelliling pon boleh dilupakan begitu sahaj.. saya agak emosi ketika menulis entri kali ni.. tak serik rasenye mmpercayai seseorang yang akhirnya menipu kita bulat bulat..

Adik beradik pon camtu jugakk.. time ade duk skali sume ade la yang nak gaduh la ape.. but bile dah berpisah duk jauh segala bagi.. time tu lah merindu bak cipan di tepi pantai.. inilah buktinya yang manusia tak appreciate things next to them..

barang pon camtu jugak kan.. bile nak mesti tak jumpe.. bile tanak guna.. ade je duk berjoget joget depan mata.. kah kah..

maybe time kita nak gune tu die nak main sorok2 ngan kita..llalalalla...

feel like rubbish kan?? ye la lam keadaan hujan duk membadai jiwa n Bumi Kelantan tempat kelahiranku ni.. nak fikir yang awesome2 pon terbantut.. sejuk woo.. otak pon beku.. kih kih.. BRAIN FREEZE macam minum Slurpee Seven E.. (terliur la plak)

actually dah berape tahun tak mandi hujan.. hurm.. 5 years maybe.. heheh (maksud main hujan tu betol2 niat nak main hujan) hahah kalau yang terkena hujan  tanpa kerelaan hati tu bukan dikire main ye..

Hujan Itu Pembawa Rahmat.. so Kelantan dicucuri rahmat sekarang ni ye.. jangan Jealous you all.. kah kah..

hurm cam lari from tajuk je kn.. mmg pon.. dah nak buat cane.. tak plan nak tulis then dah tulis.. so ni lah jadinye..

tapi mmg saye rase terkilan n rase kecil sangat.. bile kita dipersia kan.. (Bukan Prince of Persia OK)..
strat tanye diri.. kenapa mereka sanggup?? kenape.. tak layak kah aku bergaul dengan mereka? ketika aku sudah mula melupakan mereka semuua.. muncul lah golongan yang dump aku ni satu persatu.. ajak nak baiki friendship..

you dun no how I'm suffer when you did that to me before.. Allah Know's better...

kalau yang dah bekerjaya n duk berasingan ngan parent tu.. jangan lah duk membusykan diri sangat.. ingat kat mak ayah tu.. call them.. they just need to hear their children voice... they missed us so much.. jangan lah buat mereka seperti org asing.. kalau boleh balik rumah sekali sekala.. lagi kerap pon takpe...

Mereka lahirkan kamu bukan untuk mencari sebanyak mungkin wang boleh.. tapi mereka lahirkan kamuu untuk berada disisi mereka.. Close to them.. They can see your face on their death bed...

PLEASE APPRECIATE OTHERS....

Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Assalamualaikum..

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi satu artikel yang di copy dari Facebook kenalan saya - Isma Is. diharapkan anda semua juga saya dapat mengamalkan nya

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan.

Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah,

barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan:

“Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya.

Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.Syeikh Buni menerangkan:

sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Bengkel Penulisan Islamik

Assalamualaikum..

Sedang saya asyik duk online Fb semalam.. tetibe satu chatbox kluar.. Zuhaira Abdullah name tercatat.. akwan lame saye.. kawan from sekolah rendah lagi.. die bertanya samada saye ingin menjadi seorang penulis ataupun tidak..

So dengan sejujur jujurnya saya jawab yang saya mmg ade keinginan untuk melahirkan..(bukan beranak OK) or shud I say.. menerbitkan sebuah Buku.. heheh... so die pon bagi lah link untuk satu Bengkel Penulisan Islamik yang dianjurkan oleh Hilal Asyraf.. ala yang lagit Ilahi tu.. tak kenal?? cu tengok gfambar ni..



inilah gambar pemilik nama.. hehehe Kenal?? tak kenal mesti korang tak pernah bace die punye karya kan?? hehe so after kawan saye ni terangkan ape semua tu saye mintak masa untuk berfikir... chehhhhh cam org dah masuk meminang plak.. keh keh...

so lepas tu saye gi KFC coz ade Prefect Camp of Kelantan State Members Gathering la kunun.. hehehe
balik tu saye pon decide yang saye mmg nak join.. so saye pon call kawan saye Zuhaira ni.. n cakap yang saye setuju.. dia pon cakap yg ade sorang agi kawan die yang akan join.. so Yuran Pendaftaran akan jadi murah sedikit.. ehhe

So die daftarkan name saye n die forwardkan mesej yang suh deposit kan wang pendaftran sebanyak 50% dari harga yang diberikan.. so hari ni plannye nak gi Bank lah kan.. nak transfer duit.. but Hari ni Allah Mencucuri Rahmatnya Dengan Lebat Sekali di Negeri Kelantan Darul naim yang juga dikenali sebagai Negeri che Siti Wan Kembang..

so agak terbatas la pergerakan.. sebebnarnya dah seminggu lebih tak hujan so hari ni.. Hujan ... Alhamdulillah sangat2.. dapat lah air hujan diserap lam tanah dan juga menangkis masalah ataupun Isu Air.. kah kah.. Terikut ngan Propanganda Media Kerajaan plak.. keh keh.. tu la.. sebar lagi berita palsu.. habes kotor fikiran bebudak cam saye ni.. (I dun believe it lah)

So saye harap saya akan menjalani Bengkel Penulisan Islamik ni sebaik mungkin n timba sebanyak mungkin ilmu yang ade lam diri Host Bengkel ni iaitu Saudara Hilal Asyraf... (nak bawak vacuum la nak sedut die punye ilmu) keh kih..

Timba Lah Ilmu Dari Dalam Buaian Hingga Ke Liang Lahad.. InsyaAllah...

Menulis perkara yang mampu memberi kebaikan kepada orang lain adalah sesuatu perkara yang amat saya inginkan.. InsyaAllah mereka yang mmbaca akan mendapat inspirasi untuk menghidupkan dan mengamalkan segala apa yang akan ditulis.. hehehe

Saturday, 23 February 2013

Ustaz Azhar Idrus's Respond

Assalamualaikum

ni saya kongsikan Respon Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai isu "HAIWAN-BR1M" yang dipetik dari Akhbar Harakah Daily online..




Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus 

Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? 

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. 

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). 
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.


Analogi haiwan


Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!



Kan.. Orang sekarang ni dah tak paham Kiasan, Perumpamaan, Peribahasa dan sebagainya.. SPM punyelah nak BM wajib Lulus.. tapi still dangkal..

Owh Allah Please Safe Malaysia..

Friday, 22 February 2013

Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan



Assalamualaikum..

Inilah kenyataan sebenar TOk Guru mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. jika diperhati dan difahami secara mendalam bukankah kita dapat lihat bahawa kenyataan Tok Guru dengan apa yang ditulis Utusan Malaysia dan juga penyebaran oleh Media Prima Berhad melalui TV3 sama sekali berlainan.

Tok Guru menyifatkan sifat Pemerintah yang berkuasa sekarang seperti penternak haiwan kerana untuk memancing undi pelbagai jenis Bantuan diberikan tanpa mengira apa risiko yang bakal dihadapi kerajaan Malaysia kelak..

ye.. Rakyat memang berhak mendapat kan haknya kerana ini adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kerana apa.. ini adalah Wang Rakyat.. .. adalah tidak adil sekiranya semua org yang lain mendapat Bantuan ataupun insentif ini manakala sebahagiannya tidak menerima. Jelas rakyat memang tidak mahu merasa keruagian.

Tetapi cara pembahgian BR1M ini menjadi tanda tanya.. kenapa rakyat disuruh untuk mengundi Barisan Nasional? Bukankah ini duit rakyat? Tetapi kenapa rakyat disuruh mengundi Barisan Nasional? Ini adalah satu Baziran nasional yang akan menimbulkan pelbagai masalah untuk pemerintah di masa hadapan..

Sebelum ini saya mendapat peluang untuk membaca sebuah laporan mengenai seorang lelaki yang mewakili ayahna yang lumpuh untuk mengambil BR1M 2.0 ini.. tetapi tidak dihiraukan oleh petugas2 BR1M... Ini menunjukkan betapa kasarnya layanan mereka terhadap penerima Insentif ini.. mereka berfikiran yang rakyat terlalu terdesak untuk mendapatkan wang yang berjumlah RM 500 ini.. Layanan mereka lah yang menampakkan mereka seperti penternak haiwan..

Jadi selaku media, janganlah menyebar fitnah kerana selaku Syarikat Penyiaran Swasta yang percuma, rakyat tidak ada pilihan untuk memilih siaran selain daripada saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Tv1 dan Tv2 dan juga saluran dari Media Prima Berhad..

mereka yang melihat paparan mengenai Tok Guru menyifatkan penerima seperti haiwan akan mempercayainya bulat2... jangan lah menyebarkan fitnah.. mungkin inilah apa yang dikatakan Dunia Akhir zaman.. fitnah disebarkan tanpa ada sebarang rasa bersalah.. sesungguhnya Rakyat Berhak menerima Maklumat yang tepat dan benar.. Fitnah adalah satu dosa besar..

Saya Doakan Agar Allah Menyelamatkan Malaysia..

Rindu Terubat.. chewahh

Assalamualaikum..

Yup semalam tanpa diduga saya pergi jugak ke KBMall atas ajakan kawan. bukan ape.. kali ni classmate yang nak jumpe.. so kalau tak pergi mmg susah dah nak jumpe..

Die mesej ai khamis agi suh saye dtg KBMALL hari Jumaat.. then saye ngan kawan2 laki fikir lau ai Jumaat balik solat jumaat dah kul 2 lebih then nak berteksi bagai.. sampai sane lam 2 minit then kene balik da.. ahahha (2 minit tu over snagat keyh).. so decide la tanak pergi..

But when sudah makan nasi lepas solat J. semalam.. kawan saye call suh pegi jugak n die pesan cepat skitt.. saye pon ngan kelajuan menuju infinitinye terus menukar pakaian.. hum.. tak sempat nak fikir ape yang nak dipakai..

so pergi la rumah die. berpeluh2 jadinye.. sampai umah die mak die cakap die duk mandi.. fuhhh.. (ko suruh aku cepat ko plak lengah2).. hahaha

then time tunggu teksi tu.. ade satu Bas ni lalu n tetibe berhenti kiteorg tak tahan pon.. huhu then tanye lalu tak Kbmall.. die cakap "erm Lalu.. RM 2.80 2 org" ... hehehe kiteorg pon duduk area blakang coz bas ni ade sorg je passenger time tu.. ahha excited gile kott... first time naik Bas tuk ke Kbmall.. hahaa

sampai sane gi toilet jap.. (betol Bojeng ore kelate kato) pastu straight ke Bowling place.. jumpe kawans.. pompuans2 tu cam merajuk je.. "Cakap Tanak datang tapi datang jugak".. hehehe ngan bibir yang dicebik sepanjang 2 inci setengah. lalal

kiteorg ni dah macam adik beradik lain mak lain bapak.. kah kah.. takde kaitan langsung ... so gi kaunter Bowling n dapat lah jugak main.. but hari tersebut harga die mahal cam taruk Jin.. plak tu ramai yg tak pakai stockings ... bayor je la..

then time isi name kat board pon seksa gle.. haha .. first key in QI CIEY.. hahaa (ore klate kato srupo kicitt jah) yang mane tak paham. stay lah ngan ketidakfahaman korang. hehehe.. then saye tukar QI je

main mmg best.. sambil2 ajar kawans2 main.. so mmg terase lame.. bukan ape dah 9 org main.. mmg syok habes la.. hehehe mcm gaye leh tengok time tu.. yang Letak bola kat Lane pon ade..

sambil2 tu borak sal UPU n nak sambung ape.. bla2.. time kluar je topik bile Result Kluar .. sume buat muka tak berminat.. ahhaha ye la. dah banyak sangat tarikh.. tak tahu yang pasti.. ni yg tengah viral 27/2 ni plak. huhu bape hari je lagi kott... hurm i think the sooner the better.. takde la ternanti nanti.. saya harap sangat saya dapat result yang lebih elok daripada TRIAL Exam.. korang pon same.. Im not chasing for straight A's.. but kalau boleyh pon syukur la.. hehehe.... Amin Amin Amin... InsyaAllah.. Ya Allah Kau perkenankanlah doa ku..

FUN TIME..with CINAZ, AMNA, EFFA, NADIA, NURIN, SITI, ADI, & HAFIZ..

Thursday, 21 February 2013

JOG WALK USM, Gathering at KFC

Assalamualaikum

So today setelah sekian lama tak berjogging akhirnye dapat jugak Jogging.. huhu ni pon kalu kawan saye tak ajak tak mungkin saye pegi.. ehhee

so bile nak pegi tu duk contact owg tu owg ni tetibe sorg kawan saye cakap yang kalau nak masuk kene ade PASS.. huih.. terkezut jugak... hampir dibatalkan dah.. huhu actually da batal da pon.. but we tekad nak try pegi jugak...

Kalau tak leh masuk USM kite org plan nak gi Taman Tengku Anis... hurm so tadi pegi la masuk HUSM.. hahaha Hospital ngan Universiti takde connection.. ade gate.. so takleh nak masuk ngan keta.. then kiteorg pon try la masuk Pagar A Universiti ni.. hurm.. pak guard pon nampak busy je.. so masuk gitu je la.. hehehe

sampai sane.. have a chit chat while warm up.. sambil tunggu kawans2 yang lain.. then bile dah gather sume baru la kiteorg move.. nak kate Jogging tu hurm boleh la.. but oleh kerana lame da tak de buat exercise so agak semput lah jugak... separuh trek tu dah syemputt.. ahhaha

so berjalan lah kite menuju ke destinasi.. lalalla..  I decided to use jalan bawah which more green and fresh.. ahahha padahal Shortcut.. kih kih.. so sempat la hirup udara segar and guna product of photosynthesis ni.. Oxy Oxy.. i luv u..

then sampai la kat tempat yg kite start tadi.. borak2 jap ngan members kesyangans.. then my friend Lisa The Alien start lapar.. so kiteolang pon pegi makans.. breakfast actually.. hehe.. makan loti chennai.. kah kah.. first time makan kedai tu.. sedap wo.. (promote promote.).. then after sudah makans sume.. then kiteoram pon menuju ke teratak bonda masing2.. lalala..

hantar la Lisa T.A. ke rumah die.. n after that Ikraq sent me home.. lam perjalanan tu memacam boorak.. nak sambung belajo kat mane la.. nak cario keje kat mane.. n so much more.. bende budak2 muda.. hehehe... then ade la borak2 sal nak buat business n so on.. kah kah.. InsyaAllah.. pray for me kay... then you can use my product.. ahah Businessman sangat... miahhaha

Jap agi nak Solat jumaat.. hurm minggu lepas solat kat masjid Pulau.. Khutbah berkisarkan TanggungJawab Anak Kepada Ibu Bapa,... hari ni InsyaAllah solat jumaat kat Masjid Besar Kubang Kerian... nanti saye share la ye ape pengisian Khutbah hari ni..

Esok.. ermmm ade gathering skitt bebudak.. chewahh.. Peserta peserta Kem Kepemimpinan Pengawas Sekolah Menengah Kelantan 2011. time tu saye n kawan saye Amalin diminta mewakili sekolah untuk menghadiri kem ini..

kem ni die ambik 2 org je dari setiap sekolah.. so kire very the lucky lucky lah kan.. kem ni mmg best.. sebab mmg aktiviti yang disediakan mmpu menyerlah bakat kepimpinan yang ade lam diri setiap pserta.. mmg syok habes.. first tu mmg malu2 coz tak kenal pon masing2.. then time nak balik dah rapat cam adik beradik kembar yang terpisah sejak kecil.. (cam cerita Indon sangat) kan JUPE? hahaha

so esok insyaAllah nak jumpe balik.. hope ramai yang hadir walaupon RSVP nye nampak tak begitu memuaskan huhu bukan ape.. kem seluruh Kelantan then mesti la datang dari setaip ceruk negeri ni kan.. ahhaa so kalau nak kumpul ramai2 mmg Musta bin Hil lah kan?? hehe

really thankful to Allah coz gave me the great opportunity .. thanks to Cikgu Mahani, Kaunselor Mama Amrina n Cikgu Norizah too coz uruskan pengangkutan kami..


REVEAL THE TRUTH

Assalamualaikum..

sekian lama menanti akhirnya tiba juga saat yang bakal membuka mata ramai masyarkat Malaysia...

apa yang saya maksudkan ialah Perdebatan Antara Nurul Izzah Anwar dan juga Raja Nong Chik.



sama lah kita doakan agar perkara sebenar dapat dizahirkan kepada masyarakat. Amin...

Wednesday, 20 February 2013

Tuesday, 19 February 2013

Sumpah Laknat..

Assalamualaikum..

Kenal tak ngan Ustazah fatimah Az Zahra?.. yup yang pakai tarbus nampak skit macam jambul tu.. but takde la jambul btol cam isteri org tu.. hehe sampai kan lam masjid pon tak leh nak cover lagi.. hurm.. semoga Allah beri Hidayah la kepada nye.

Ustazah ni mmg best program die.. ceramah yang sempoi n dapat menarik tumpuan org ramai.. perasan tak Yang kebelakangan ini Beliau sudah jarang muncul di televisyen?? dulu ade jugak kat Tv1 or Tv9.. but skarang.. hurm..


mungkin ade kaitan ngan ceramah beliau yang bertajuk Ciri org Munafiq suatu ketika dahulu.. time tu plak.. kemain lagi org duk hangat bersumpah laknat.. ade kes skit nak sumpah.. dengarlah sendiri penjelasan Ustazah fatimah Az Zahra mengenai org yang gemar sumpah laknat..



kalau kita lihat yang ni pun tak kurang die punye jahilnye... dalam majlis yang bertujuan mmbuat kacau dan menyebar fitnah.. die sanggup lagi bersumpah.. ini dilihat sebagai pencampuran hal2 yang buruk serta berani pula menyebut nama Allah... supaya die diberi hidayah..

so kita kalau tahu yang kita cakap benar sudahlah.. jangan nak buat org percaye kat kita smapai sanggup bersumpah.. bukan ape.. Kalau yang kita sanggup sumpah itu betul takpe lah.. but kalau itu semua fitnah?? tak takut ke kita ngan azab api neraka di akhirat nanti??

setiap hari saya berharap agar Allah menjauhkan saye dari menjadi seorang yang munafik.. Nauzubillahiminzalik.. 

sangupkah kita menggadai maruah hanya untuk kepentigan individu tertentu ataupun demi wang ringgit dan pangkat? think.. this is so unprofessional..

TOWARDS BETTER MALAYSIA 

Pilihanmu Penentu Masa Depan Negara

Assalamualaikum

Saya berminat untuk berkongsi artikel yang bagi saya amat memberi inspirasi terutamanya bagi anak2 muda zaman sekarang kerana apa.. kita adalah generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak. Jangan disebabkan kekhilafan org yang terdahulu.. kita akan sengsara di masa depan.. JADI.. Pilih yang tepat. Pilih yang menjamin perancangan dan kejayaan jangka panjang.

Saya Kongsikan Dengan Anda, Artikel Nurul Izzah Anwar.


NURUL IZZAH ANWAR


19 Februari 2013

Negara kita kini sedang berada di persimpangan. Dengan nisbah hutang kepada GDP yang kini sudah mencapai kadar 53 peratus – bahana bakal menanti anak muda yang tentunya akan mengambil alih bebanan hutang negara kita pada masa akan datang.

Berdasarkan bancian 2010, bilangan anak muda di bawah umur 35 tahun adalah 65 peratus. Pada 2020, mereka merupakan penentu masa depan negara, sama ada yang masih bersekolah, mahupun profesional. Golongan inilah yang akan memutuskan jaminan serta keselamatan masa depan negara kita.

Jika dilihat statistik pengundi baru, demografi juga berubah – terdapat lebih dari 2.4 juta pengundi baru daripada 13.3 juta pengundi untuk PRU13. Ini merupakan kenaikan sebanyak 30 peratus pengundi baru jika dibandingkan 2008.

Anak muda perlu bangkit dan meningkatkan kesedaran tentang PRU13, iaitu satu peluang untuk Malaysia beralih kepada sistem dua parti supaya kita mempunyai timbang tara lebih baik demi mengurangkan penyalahgunaan kuasa yang berpotensi menjunam ke arah kezaliman parti pemerintah.
Negara kita juga mengalami masalah pengangguran dan pengurangan tenaga kerja. Antara puncanya, ramai anak muda berkelayakan universiti tidak memperoleh pekerjaan atau terpaksa mencari pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Sejak 2006-2009 juga, pengangguran graduan hampir mencecah 30 peratus.

Inilah antara masalah anak muda yang perlu diberi perhatian dan diusahakan jalan penyelesaian agar mereka boleh mengecapi pendidikan tinggi dan pekerjaan dengan gaji yang cukup untuk menampung kehidupan di negara ini.

Salah satu inisiatif ingin saya pelopori adalah satu dasar khusus buat golongan muda yang boleh dipraktikkan di Malaysia. Antara agenda ingin saya ketengahkan dari segi ekonomi termasuklah memastikan golongan muda memperoleh pekerjaan yang akan menjamin masa depan mereka serta kestabilan ekonomi dan aset masing-masing.

Golongan muda seharusnya terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan hutang agar mereka dapat melangsaikan segala pinjaman yang tertangguh. Kebolehan untuk menguruskan kewangan dengan baik akan  memberikan keuntungan dalam pelan jangka masa panjang.
Keutuhan sistem politik yang tidak berpaksikan sistem authoritarian juga akan memanfaatkan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita merombak sistem pilihan raya yang tidak adil. Isu pendaftaran pengundi tidak lengkap, kawasan sempadan yang tidak mencerminkan populasi pengundi, serta masalah pengundi hantu adalah perkara yang sehingga kini masih membayangi PRU.

Untuk mengurangkan masalah pendaftaran pengundi, sudah tiba masanya diwujudkan sistem pendaftaran automatik. Ia telah digunakan di negara seperti Finland, Chile, Germany dan Singapura. Sesiapa layak mengundi berdasarkan umur minimum, akan disenaraikan secara automatik untuk mengundi dalam pilihan raya.

Sekiranya gagasan politik yang sedia ada gagal menunaikan tanggungjawab memenuhi aspirasi rakyat, ia adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi muda untuk membangkitkan sebuah gagasan alternatif agar terhasilnya timbang tara untuk kesejahteraan negara.

Saya berikan satu contoh usaha untuk merakyatkan politik dan memberi suntikan kepada semangat politik baru, di mana saya telah menjemput Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Datuk Raja Nong Chik untuk turun berdebat. Rata-rata jawapan diterima daripada Barisan Nasional adalah pendirian bahawa pendebatan di dalam arena politik bukanlah sebahagian daripada budaya kita, tetapi kita harus sedar bahawa melalui perdebatan idea, cendekiawan-cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun dapat mengembangkan pemikiran dan idea secara terbuka dan tidak secara sehala.

Saya pasti, berdebat dan penukaran idea adalah satu saluran penjana minda dan penaiktarafan daya intelek anak-anak muda di negara ini dan pendebatan di antara para pemimpin di mana terdapat pertembungan idea adalah satu model peranan yang baik untuk anak-anak muda di Malaysia.
Sudah tiba masanya kita menghentikan trafik bertali arus yang merupakan jalan sehala. Sudah tiba masanya suara dan aspirasi anak-anak muda didengari melalui saluran-saluran yang sedia ada.

Percayalah, debat itu, budaya kita.

Dipetik dari Sinar Harian:

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nurul-izzah/bangkitlah-anak-muda-malaysia-1.132497

CHOOSE FOR THE SAKE OF NATION

Motivation for Me and You

Assalamualaikum...

Memberi org yang lapar seekor ikan. surely ikan tu 

habes. Tapi kalau kita ajar org itu memancing. surely 

die takkan lapar lagi.


Sometimes when we love someone more than we love Allah.. Allah will take what we love

#Lets have a pilgrimage together



No matter how far u strayed away from His lane .. He 

always there.. hoping that you will be back on the right 

track.


Not everything that we think good for us Is 

really good for us.. 

#Allah knows better..


Muhammad Peace Be Upon Him is the 

Messenger of all mankind


#He's The Last, He's The Leader

HE Is Perfect. He Is Allah



Rahim
Karimun


'Adim 

'Alimun
Halim
Hakimun
Matin




Mannan


Rahmaanun

Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid




Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad


Ya Muslimin shallu alayh




Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad


Ya Mu'minn shallu alayh




Latif 


Khabirun

Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf 
Shabuurun
Majid 




Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad


Ya Muslimin sallu alayh




Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad


Ya Mu'mineen shallu alayh




Allahu Akbar Allahu Akbar


La ilaha illa hu

Al Malikul Quddus



Allahu Akbar Allahu Akbar


Ya Rahmanul irham da'fana




Allahu Akbar Allahu Akbar


Ya Ghaffaru ighfir dhunubana




Allahu Akbar Allahu Akbar


Ya Sattaru ustur 'uyubana




Allahu Akbar Allahu Akbar


Ya Mu'izu a'izza ummatana




Allahu Akbar Allahu Akbar


Ya Mujibu ajib du'aana




Allahu Akbar Allahu Akbar


Ya latifu ultuf bina 

You Might Want To Read This

Click Here

Keep Reading ^_^...

Keep Reading ^_^...

Blogies List

Rate Me If You Dare

Top Blog

Facebook.. It's Mine

Allahumma Salli Ala Muhammad

About Me

My photo

my real Name is Amin Rashidi .. 19 and will be older  .. previous studied at UiTM Shah Alam as a Law Student.. Hope my life will get better

KawanKu yang Chomells

Google+ Followers