expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 24 October 2014

TAUBAT BEFORE IT'S TOO LATE Dear.



Assalamualaikum

Bertaubatlah selagi ada peluang. Bila dah matahari terbikt dari barat nanti, jangan baru nak terngadah. Jangan jadikan alasan Allah itu Maha Penerima Taubat untuk terus melakukan dosa. Jangan sampai menyesal tak berkesudahan bila dicampak ke dalam neraka. Bertaubatlah selagi nyawa masih di dada. InshaAllah.

Berdoalah agar diberikan hidayah dan berdoalah agar hati kita tidak dipesongkan setelah menerima hidayah. Allah itu Maha Berkuasa. He can do anything He want. Kita perlu terus berusaha. Ingat Allah setiap masa supaya kita tidak bertindak mengikut kebinatangan nafsu.

Niat nak tulis pendek je tapi ntah tetibe terpanjangkan. Peringatan untuk diri sendiri juga. InshaAllah. Sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.


‪#‎MaalHijrah‬ ‪#‎HijrahItuPerjuangan‬ ‪#‎HidayahItuMilikAllah‬.



GREEN IS PEACE> RESPECT NATURE

Assalamualaikum.

Tak perlu nak panjat gunung atau pon pergi bercuti jauh-jauh untuk melihat keindahan ciptaan Allah swt. Cuba lihat kat luar rumah anda. Tumbuhan-tumbuhan yang kelihatan remeh itu jika diperhalusi dengan mata hati sambil mengagumi kebesaran dan keagungan ciptaan Tuhan, InshaAllah kita akan dapati segala sesuatu ciptaanNya itu unik dan cantik. Allah itu indah dan mencintai keindahan.

Kita pijak hari-hari atas hamparan rumput namun tidakkah kita berfikir dari sudut saintifik. Tumbuhan yang ada di sekeliling kita itulah yang menukarkan carbon dioxide kepada oxygen untuk diguna pakai oleh manusia. Lihat betapa menakjubkan setiap ciptaan Tuhan.

Kenapa semua ini diciptakan? Untuk Siapa? Untuk sebaik-baik kejadian yakni manusia. Kenapa manusia dicipta? Tidak lain tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada yang Satu. Lihat dengan hati. Nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan? Tanya diri sendiri dan jawablah dengan hati. Appreciate nature. InshaAllah.






Jangan Putus Asa Meminta Keampunan

Assalamualaikum

Sungguh tiap-tiap manusia itu pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan kecuali para Rasul dan nabi-nabi yang bersifat maksum. Kita terdorong dengan bisikan syaitan untuk melanggar perintah Allah menjadikan kita pendosa yang tiada noktah.
Namun andai kita melakukan dosa, usah segan untuk kembali memohon taubat kepada yang Maha Esa. Maha Penerima Taubat itu lagi Maha Penyayang. Allah menyayangi hambaNya yang ingin kembali kepada rahmatNya. Pintu taubat itu terbuka luas untuk setiap pendosa memohon keampunan dariNya.

Janganlah kita berasa penat dalam memintai kemaafan dari Allah. Janganlah kita pernah berputus asa dan beranggapan bahawa memamg takdir kita untuk menghuni neraka. Jangan pernah lupa bahawa hidup kita di dunia ini adalah satu terbesar. Resultnya nanti di akhirat sana. Kita masih ada peluang untuk memilih Syurga atau Neraka.
Jalan hidup yang kita pilih hari ini bakal menentukan tempat akhir kita nanti. Tak salah nak berubah. Tak salah nak jadi manusia yang lebih baik. Jangan pula kita tinggal kawan-kawan kita yang masih dibuai dalam keasyikkan nikmat dunia yang sementara. Berhijrahlah bersama untuk kekal sahabat hingga ke pintu Syurga.

Amal itu tak perlu nak tunggu tua. Ajal itu tak kira masa. Andai kita mati tanpa sempat bertaubat? Andai kita mati tika melakukan maksiat? Sentiasalah mengawal nafsu diri. Sentiasalah menguatkan benteng hati agar tidak goyah dengan bujukan syaitan. Terus teguh memohon perlindungan dari Allah. Terus berdoa untuk memohon sinar cahaya hidayah dariNya.

Terus memohon taubat kepadaNya andai kita terjatuh lagi. Bangkitlah bersama harapan bahawa Allah itu Maha Mengasihani dan Allah juga akan membantu hamba yang ingin mencariNya. Teruskan perbaiki diri. Mulakan saat ini.


‪#‎SalamJumaat‬ ‪#‎SalamMaalHijrah‬ ‪#‎HijrahItuPerjuangan‬ ‪#‎BeABetterMuslim‬

Tuesday, 21 October 2014

Pejam Celik Pejam Celik Dah Tahun Baru

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernyawa kita sekarang kan? harap masih panajng umo sampai kita dah beranak pinak bercucu cicit and when we are absolutely ready to die with amalan2 yang secukupnya untuk bahagia di hari akhirat kelak.. Aminn

Yup in few more days maka mulalah satu tahun baru yang pastinya akan dipenuhi dengan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Yup every single a new year is coming people will start listing their resolutions of target to be achieved in that particular year. Tahun baru hijrah ni melambangkan another year for us to improve ourself to be a better Muslim.

Rasulullah SAW dahulu berhijrah ke Madinah atas suruhan dari Allah. Melalui peristiwa itulah Islam kini mekar di seluruh dunia. Hijrah itu indah. Hijrah itu perjuangan. cehhh bunyi cam lagu nasyid yang ala ala pergi perang tu pulak..

Yu.. for me another year is another opportunity for me to become a better human in all aspect. Diharapkan minda yang masih kebudak-budakkan ini akan jadi lebih matang. Anggota-anggota yang malas ini akan lebih ringan untuk melakukan perkara2 yang berfaedah dan tidak lagi dicop pemalas. Mesti korang ingat saya pemalas kan?? Yup okay Fine.. Saya mengaku yang saya ni kurang rajin. Kurang rajin nak rebut peluang in all aspet. Kurang rajin nak usaha for a better living. I admit that.

Hope this new year will be a year full of Baraqah. Maybe Allah dah tetapkan something for me this new year? Maybe i will end my Zaman Bujang? hahahha stop dreaming la Amin. But kalau dah Jodoh takkan ke mana tak gitu Ustaz Kazim Elias. hahaha... you wish.

Tahun ni not much la maybe around 6% percent of improvement. hurm those percentage need to be boosted this upcoming year. Seriusli saying, i lost count on tahun hijrah ke berapa kah ini dan sungguh aku rasa jahil sangat sebab tak ambik tahu pon. Hurm.. Bad Amin.. youve been a bad bad boy.

Setiap manusia inginkan kejayaan dalam hidup. Setiap manusia ada mimpi yang ingin dikecapi. Tak semua manusia mampu mencapai mimpi mereka dan tak semua menyangka bahawa mereka belum mencapai mimpi. Apa ni mimpi-mimpi kang mengigau tetengah malam nanti. Lol. Yup Human have ambition. Human plan for life. God plan for human. God's plan is way better than what we expected. Not all thing that we love is good for us. Harap maklum. Tapi kejarlah mimpi itu.

Cuba renung kembali perjalanan hidup saya pada tahun ini. Sungguh saya rasa satu kegagalan yang besar. I finished my Foundation on April 2014 and InshaAllah will continue studies on March 2015. Almost a year cuti. What did I do? Nothing important. Nothing beneficial except ade la skit skit. Terasa sungguh kerdil. Sungguh kecil. Sungguh halus diri ini jika nak dibandingkan dengan orang lain. Keep saying that this is my fate sedangkan i realized that im lying to myself. Yup its true that Allah had fated everything for us since we dont even exist in this planet. But we do know that we pave our own way and thats what we called fate.

Enough of complexity. Mari kecilkan skop. Fokus for short term planning. What you want to do in next year? I have that answer in my mind. Never going to tell you. Never going to tell other. Only will be shared with my God. The Absolute Listener. Saying my wish to Him and hoping He will help me with it. The best ever.



Semoga anda juga dapat mencapai azam tahun baru anda. InshaAllah. AMinnnn


Thursday, 9 October 2014

#PROJEKRADIOHotFm Vs #PENYAMPAITOPMALAYSIAEraFm

Assalamualaikum semua..

ape ke bende lah tajuk entri saya kali ni?? hurm mungkin ada yang dah tahu and ada jugak yang terpinga-pinga cam lembu di pagi raya haji.. lol..

Projek Radio Hotfm adalah satu ujibakat untuk mencari penyampai radio baharu untuk mengisiruangan-ruangan kosong di stesen radio tersebut. So bende ni saya dengar time ontheway nak pegi Jogging ngan kawan hari tu then terus rase berminat nak cuba nasib.. InshaAllah kalau ade rezeki bolehlah saya masuk konti n meneruskan ucapan panjang lebar yang tanpa henti ini.. huhu sume org yang kenal saya tahu yang saya ni banyak cakap.. but thats not the point.. i really think that becoming a dj is good career because we can share anything we know to all people that listening to the radio.. Goodness can be spread easily tho.

Tapi bukanlah menjadi cita-cita terbesar sayanak jadi dj ni.. well u know me.. i got lots of ambitions and every single time chasing thedreams, another dream come in lines.. so kejar semua lah jawabnya.. plus i've nothing to do for the time being. ni sume rezeki plus nasib diri.. huhu kalau Allah izinkan maka jadilah.. kalau tak teruskan mengejar mimpi2 yag selebihnya.. Chaiyokkk Qi Diey..

Sedang asyik buat video untuk Projek Radio then terlihat tweet mengenai another contest yang turut dilancarkan oleh Era.fm... pon same jugak.. mencari penyampai radio baharu.. yang nak fresh2 gitu.. huhuhu.. so yang Era ni mudah skit.. kene tarulk video kat Instagram je.. bebas plak tu.. tapi ni nak daftar kat laman web die punye lah payah... asyik error je.. huhuhu hope i can send this resume to them... Nothing much to beexpected.. ada rzeki maka adelah..

Yup.. thats pretty much what im doing now besides seeking for job.. hurm dengar kate ade job baru menanti saya.. huhuhu tak sabar rasenye.. Teruskan berdoa supayadimurahkan rezeki diri.. Keep Struggling because one day you gonna passing the bar like a lawyer.. i mean literally lawyer.. huhu AMINNNNNNNN....


You Might Want To Read This

Click Here

Keep Reading ^_^...

Keep Reading ^_^...

Rate Me If You Dare

Top Blog

Facebook.. It's Mine

Allahumma Salli Ala Muhammad

About Me

My photo

my real Name is Amin Rashidi .. 19 and will be older  .. previous studied at UiTM Shah Alam as a Law Student.. Hope my life will get better

KawanKu yang Chomells

Google+ Followers