Jangan Putus Asa Meminta Keampunan

Assalamualaikum

Sungguh tiap-tiap manusia itu pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan kecuali para Rasul dan nabi-nabi yang bersifat maksum. Kita terdorong dengan bisikan syaitan untuk melanggar perintah Allah menjadikan kita pendosa yang tiada noktah.
Namun andai kita melakukan dosa, usah segan untuk kembali memohon taubat kepada yang Maha Esa. Maha Penerima Taubat itu lagi Maha Penyayang. Allah menyayangi hambaNya yang ingin kembali kepada rahmatNya. Pintu taubat itu terbuka luas untuk setiap pendosa memohon keampunan dariNya.

Janganlah kita berasa penat dalam memintai kemaafan dari Allah. Janganlah kita pernah berputus asa dan beranggapan bahawa memamg takdir kita untuk menghuni neraka. Jangan pernah lupa bahawa hidup kita di dunia ini adalah satu terbesar. Resultnya nanti di akhirat sana. Kita masih ada peluang untuk memilih Syurga atau Neraka.
Jalan hidup yang kita pilih hari ini bakal menentukan tempat akhir kita nanti. Tak salah nak berubah. Tak salah nak jadi manusia yang lebih baik. Jangan pula kita tinggal kawan-kawan kita yang masih dibuai dalam keasyikkan nikmat dunia yang sementara. Berhijrahlah bersama untuk kekal sahabat hingga ke pintu Syurga.

Amal itu tak perlu nak tunggu tua. Ajal itu tak kira masa. Andai kita mati tanpa sempat bertaubat? Andai kita mati tika melakukan maksiat? Sentiasalah mengawal nafsu diri. Sentiasalah menguatkan benteng hati agar tidak goyah dengan bujukan syaitan. Terus teguh memohon perlindungan dari Allah. Terus berdoa untuk memohon sinar cahaya hidayah dariNya.

Terus memohon taubat kepadaNya andai kita terjatuh lagi. Bangkitlah bersama harapan bahawa Allah itu Maha Mengasihani dan Allah juga akan membantu hamba yang ingin mencariNya. Teruskan perbaiki diri. Mulakan saat ini.


‪#‎SalamJumaat‬ ‪#‎SalamMaalHijrah‬ ‪#‎HijrahItuPerjuangan‬ ‪#‎BeABetterMuslim‬

Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

How Easy Doing Dakwah Actually Is..

Contact Again..