GREEN IS PEACE> RESPECT NATURE

Assalamualaikum.

Tak perlu nak panjat gunung atau pon pergi bercuti jauh-jauh untuk melihat keindahan ciptaan Allah swt. Cuba lihat kat luar rumah anda. Tumbuhan-tumbuhan yang kelihatan remeh itu jika diperhalusi dengan mata hati sambil mengagumi kebesaran dan keagungan ciptaan Tuhan, InshaAllah kita akan dapati segala sesuatu ciptaanNya itu unik dan cantik. Allah itu indah dan mencintai keindahan.

Kita pijak hari-hari atas hamparan rumput namun tidakkah kita berfikir dari sudut saintifik. Tumbuhan yang ada di sekeliling kita itulah yang menukarkan carbon dioxide kepada oxygen untuk diguna pakai oleh manusia. Lihat betapa menakjubkan setiap ciptaan Tuhan.

Kenapa semua ini diciptakan? Untuk Siapa? Untuk sebaik-baik kejadian yakni manusia. Kenapa manusia dicipta? Tidak lain tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada yang Satu. Lihat dengan hati. Nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan? Tanya diri sendiri dan jawablah dengan hati. Appreciate nature. InshaAllah.






Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

BARANG BARANG UNTUK KE PLKN 2013

'Bienvenue' Third Semester