Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan
Assalamualaikum..
Inilah kenyataan sebenar TOk Guru mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. jika diperhati dan difahami secara mendalam bukankah kita dapat lihat bahawa kenyataan Tok Guru dengan apa yang ditulis Utusan Malaysia dan juga penyebaran oleh Media Prima Berhad melalui TV3 sama sekali berlainan.
Tok Guru menyifatkan sifat Pemerintah yang berkuasa sekarang seperti penternak haiwan kerana untuk memancing undi pelbagai jenis Bantuan diberikan tanpa mengira apa risiko yang bakal dihadapi kerajaan Malaysia kelak..
ye.. Rakyat memang berhak mendapat kan haknya kerana ini adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kerana apa.. ini adalah Wang Rakyat.. .. adalah tidak adil sekiranya semua org yang lain mendapat Bantuan ataupun insentif ini manakala sebahagiannya tidak menerima. Jelas rakyat memang tidak mahu merasa keruagian.
Tetapi cara pembahgian BR1M ini menjadi tanda tanya.. kenapa rakyat disuruh untuk mengundi Barisan Nasional? Bukankah ini duit rakyat? Tetapi kenapa rakyat disuruh mengundi Barisan Nasional? Ini adalah satu Baziran nasional yang akan menimbulkan pelbagai masalah untuk pemerintah di masa hadapan..
Sebelum ini saya mendapat peluang untuk membaca sebuah laporan mengenai seorang lelaki yang mewakili ayahna yang lumpuh untuk mengambil BR1M 2.0 ini.. tetapi tidak dihiraukan oleh petugas2 BR1M... Ini menunjukkan betapa kasarnya layanan mereka terhadap penerima Insentif ini.. mereka berfikiran yang rakyat terlalu terdesak untuk mendapatkan wang yang berjumlah RM 500 ini.. Layanan mereka lah yang menampakkan mereka seperti penternak haiwan..
Jadi selaku media, janganlah menyebar fitnah kerana selaku Syarikat Penyiaran Swasta yang percuma, rakyat tidak ada pilihan untuk memilih siaran selain daripada saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Tv1 dan Tv2 dan juga saluran dari Media Prima Berhad..
mereka yang melihat paparan mengenai Tok Guru menyifatkan penerima seperti haiwan akan mempercayainya bulat2... jangan lah menyebarkan fitnah.. mungkin inilah apa yang dikatakan Dunia Akhir zaman.. fitnah disebarkan tanpa ada sebarang rasa bersalah.. sesungguhnya Rakyat Berhak menerima Maklumat yang tepat dan benar.. Fitnah adalah satu dosa besar..
Saya Doakan Agar Allah Menyelamatkan Malaysia..
Comments
Post a Comment