Ini Sejarah Kita ISK

Assalamualaikum



This is entry from the famous blog Angel Pakai Gucci... saya share sebab saya baru je pergi ke ISK three weeks ago.. It was really fun... Get Away in Islam Way.. Subhanallah Amazingg

[Kredit]

[Hanya untuk bacaan anda yang pernah melalui atau mendengar pengisian Ini Sejarah Kita. Kalau tak pernah pon boleh jah baca. Tapi sila jangan mengada-ngada untuk minta saya eksplen nanti sekian terima kasih hey!]

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas saya dan beberapa orang Inche Ikhwah selamat meng-ISK-kan hadek-hadek Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar. Program yang dinamakan dengan 'Our History' atau OH ini (Bajet glemer la sket bagi nama omputih. Wahaha..) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan gilang-gemilangnya, walaupon ada beberapa masalah teknikal dan kekurangan tenaga yang seriyes di peringkat awalnya. Komen atau feedback daripada para peserta juga cukup mengujakan menyebabkan saya terasa seperti mahu melompat tinggi sambil mengangkat kedua belah tangan dan menjerit, "Ini sumpah osemmmm..!" Segala puji bagi Allah.

Sejaka turun-temurun lagi (Ok over. Beberapa tahun sudehh..) ISK telah dijadikan modul atau pengisian untuk mentajmik (mengumpulkan) hadek-hadek, dengan harapan percikan-percikan api kesedaran untuk mengubah ummah dapat dikeluarkan daripada jiwa mereka. ISK yang diolah dan disesuaikan daripada buku 'Bainal Ams Wal Yaum' (Antara Semalam dan Hari Ini) karya as-Syahid Hassan al-Banna, mengambilkira waqi' dan situasi semasa dalam mengenengahkan fakta-fakta sejarah dan point-point utama dalam pengisian tersebut.

Dan masha-Allah, masa dan waktu telah menjadi saksi betapa pengisian ISK ini mempunyai peratus kejayaan yang agak tinggi dalam membangunkan semangat, himmah dan kesedaran di kalangan jiwa remaja yang sedang nyenyak tidur selama ini. Allahu akbar!

"Sejarah itu adalah salah satu daripada tentera Allah yang menguatkan hati!" - Imam Abu Qasim al-Junaid [Kredit]

Namun begitu, ISK tidak pernah lari daripada kontroversi. Sejak saya mula mengenali ISK lagi, telah banyak kedengaran desas-desus dan ura-ura tentang 'kesesatan' ISK. Malah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, serangan-serangan pengganas terhadap ISK lebih ekstrem dan brutal lagi, espeseli untuk para pelajar di luar negara. Ya, ISK telah pun merentas benua, menangkap jiwa-jiwa yang dahagakan pengisian tarbawi dan rohani jauh nun di luar negara sana, tetapi tetap tidak dapat lari daripada cemuhan dan kritikan.

Antara kritikan-kritikan berapi dan komen-komen pedas yang dilontarkan terhadap ISK termasuklah:

"Ni graf merepek apalah ni. Apa paksi Y-nya..? Kenapa graf dia garisan dia lurus je takde bengkang-bengkok..? Bukan ke setiap era ada banyak masalah ke..?"

"Tipu gila zaman 'Abbassiyah Islam berada di puncak kegemilangan. Pada hal time tu punyalah banyak pemberontakan dan pergolakan.. Graf ni tak boleh percaya!"

"ISK ni langsung tidak beretika dalam membentangkan fakta-fakta sejarah. Kenapa hanya diceritakan kejayaan-kejayaan indah tentang Islam. Kenapa tidak tulus dan jujur dalam menelusuri seerah...??"

"Nabi SAW dulu mana ada buat usrah-usrah ni semua. Bidaah betul!"

"Kata 'Ini Sejarah Kita.' Tapi sejarah yang diceritakan berdasarkan kaca mata puak-puak tu je. Pigidaaahhh..!"

[Ok dialog-dialog di atas adalah rekaan saya semata-mata. Tapi intipati kritikan dan komen bukan rekaan]

Dan pelbagai lagi jenis kritikan dan komen yang dihamburkan. 

Graf 'feymes' ISK yang sering mengundang kontroversi hangat lagi sensasi. [Kredit]

Secara prinsipnya, saya amatlah terlalu ok untuk kritikan-kritikan membina yang mampu untuk menambahbaik lagi modul atau pengisian ISK ini. Malangnya, kebanyakan kritikan dan komen yang diterima kebanyakannya negatif dan bersifat menjatuhkan, bukan untuk mencari kebenaran dan menjelaskan mana-mana yang kabur dan kelabu. Ya, memang sakit hati. Choyy!

Bagi saya golongan yang mengkritik secara membadak-buta ini adalah zalim; mereka sengaja tidak mahu melihat ISK daripada kaca mata yang lebih besar dan holistik. Atau dengan bahasa mudahnya, mereka tidak melihat gambaran besar (Baca: Big picture) objektif dan point-point utama yang mahu diketengahkan oleh ISK. Mereka melihat melalui kaca mata seorang pemandu kereta di lebuh raya dan bukannya seekor burung yang sedang terbang bebas di udara.

Yang lebih menyedihkan, ada juga golongan yang sengaja menghasut hadek-hadek yang belum pernah mendengar ISK dengan suapan-suapan racun yang berbisa. Belum lagi dilihat kepada serangan-serangan terhadap ISK di alam maya, tidak mahu kalah kepada Anonymous dan Lulzsec penggodam terhangat masa kini. Ya Allah..

Inikah adab seorang dai'e...? Adakah ini caranya kita melayan atau memberi pandangan terhadap fikrah atau pemikiran gerakan-gerakan yang tidak sehaluan dengan kita..? Allahu a'lam, mungkin golongan-golongan ini lebih arif sehingga tidak segan-silu berkelakuan sedemikian.

Hakikatnya, golongan ini lupa bahawa ISK telah berjaya membangunkan 'gergasi' yang tidur di dalam begitu ramai jiwa rijal-rijal agama, dengan izinNya. Faktanya, mereka terlepas pandang berapa ramai anak-anak muda yang kini berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut selepas mendapat sentuhan ISK, dengan izinNya. Realitinya, leka daripada me...

Saya sendiri secara jujurnya tidak terkesan dengan pengisian ISK ini. Tetapi saya pernah menyaksikan sendiri betapa banyak jiwa-jiwa yang tersentuh dengan kisah-kisah kehebatan Mus'ab, Sultan Muhammad al-Fatih, Salahuddin al-Ayyubi dan Saifuddin Qutuz, terkesima dengan kehebatan Islam di masa lampau, terkejut dengan fakta kejatuhan khilafah dan meronta-ronta jiwa mereka melihatkan saudara-saudara mereka di Palestin, Libya, Algeria, Kashmir dan Tak Bai - untuk cukup yakin dengan pendekatan yang dibawakan oleh ISK.
Gambaran Salahuddin al-Ayyubi, tokoh Super Saiya dalam Islam yang tidak pernah gagal membangkitkan semangat rijal-rijal muda! [Kredit]

Tahukah anda Kiyai Ahmad Dahlan, pengasas Muhammadiyah di Indonesia, bermain muzik untuk menarik anak-anak muda kepada Islam..?

Tahukah anda Sunan Kalijaga, salah seorang daripada Wali Songo menggunakan upacara-upacara tradisi dan permainan wayang kulit untuk menawan hati masyarakat Jawa..?

Lantas kita menuduh mereka sesat? Terus kita mendakwa mereka tidak beradab dalam berdakwah? Pantas kita mengkritik mereka membawa fahaman sesat dan bidaah..? Begitu?

Lupakah kita kepada sabda ar-Rasul SAW ketika melihat Abu Dujanah yang kelihatan begitu 'angkuh' sekali di medan perang Uhud..?

"Perlakuan sebegini dibenci Allah melainkan dalam situasi begini (jihad)."

Jika kita memandu, pasti kita ada destinasi yang ingin dituju. Sia-sialah minyak, bunga tayar, bateri kereta dan sebagainya sekiranya kita memandu tanpa arah tujuan. Setiap program, aktiviti, modul dan apa-apa yang seangkatan dengannya, pasti ada objektif yang ingin dicapai. Apatah lagi ISK yang dirangka dalam memberi kesedaran tentang peri pentingnya menegakkan Islam di muka bumi Allah ini, objektifnya sudah tentu sahaja bebas daripada kepentingan-kepentingan peribadi dan busuk.

Maka setiap kali program ISK yang dijalankan, pasti ada hadaf (objektif) tertentu yang ingin dicapai. Tidak boleh tidak, pasti ada pihak yang tidak akan berpuas hati. Sekiranya anda ingin tahu sejarah secara mendalam, silalah buka kitab-kitab sejarah yang ada di pasaran. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara program sebegini dikendalikan, maaf, banyak lagi program-program di luar sana yang mungkin sahaja bisa memenhu citarasa anda. 

Ya, ISK tidak sempurna. Tiada apa yang sempurna di dunia ini. Hatta ESQ juga punya kelemahannya yang tersendiri. Hohoho.. Tetapi alangkah baik dan bagusnya sekiranya pelbagai pihak bersama-sama menyumbang pandangan dan kritikan membina dalam menambahbaik ISK..? Menjadikannya modul yang benar-benar mantap dan mapan, ke arah memberi kesedaran kepada anak-anak muda di luar sana betapa ummah sedang sakit tenat dan dalam bahaya...??

Platform yang sudah pun terbukti berkesan telah pon berada di depan mata. Alangkah bagusnya sekiranya kita semua dapat mencantikkan dan menghensemkan lagi platform tersebut.   

Rumah sudah pun terbina. Ya, ada lubang di sini, cat tertanggal di sana, lantai retak di situ dan dinding merekah di sinun. Lantas kita merobohkan sekaligus rumah tersebut..? Alangkah!

Selagi mana ISK terus berupaya untuk membangunkan hati-hati yang lesu, yang dahagakan sentuhan tarbiyyah di luar sana, selagi itulah saya terus yakin dengan ISK, dan saya yakin ISK juga akan terus gagah mengharungi lautan cemuhan dan kritikan. Ya, suatu hari nanti ISK mungkin tidak lagi relevan, tidak lagi efektif dalam memberi hentakan siku lepat kepada para pendengarnya. Namun sehingga hari itu tiba, ISK akan terus dilihat sebagai cara yang paling osem untuk memberi tolakan kepada rijal-rijal di luar sana, melangkah masuk ke alam dakwah dan tarbiyyah.

ISK: Ini Sumpah Kool...! Aman.

 -gabbana-

Artikel ini ditulis dalam keadaan saya yang sungguh kool dan tenang, langsung tidak emo. Walaupon gaya bunyi artikel ini tidak sebegitu. Sungguh.

Sumpah cemburu pada orang yang awal-awal mempopularkan ISK ini (saya sangat kenal dengan orangnya). Pasti saham sorganya kini sudah bergazillion banyaknya. 

Allahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

SPM Result Quotes