Yakini Kuasa Allah

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru sahaja pulang dari Surau yang dekat dengan rumah saya.

Surau ni kecil je.. di cat warna putih.. melambangkan kesucian Agama Islam itu sendiri.

Antara pengisian ceramah yang saya dengar sebntar tadi ialah Yakin Dengan Allah

Ya.. Yakin.. Ramai Percaya yang Allah Itu Wujud... Namun tak ramai yang betul betul yakin dengan kekuasaannya..

maka itulah yang lahirnya golongan seperti Qarun.. die tidak percaya yang Allah telah menjadikannya kaya.. Allah yang memberi kemahiran kepadanya.. Maka Allah tunjukkan kepadanya..

Yakin dengan Allah.. Dengan itu kita tidak akan takut atau gusar menghadapi apa sahaja masalah..

dalam perang contohnya.. kita tidak boleh kata yang bilangan tentera yang ramai serta senjata yang canggih itu menjamin kemenangan, namun.. kita harus yakin bahawa apa Allah itu berpihak kepada yang benar.

Yakin .. sebuah perkataan yang subjektif.. kita tak mampu nak lahirkan rasa yakin itu apabila ditanya.. kerana apa.. masih ade keraguan dalam diri..

saya Ambil contoh.. seorang pekerja sarkas yang membuat pertunjukan menembak epal dengan tepat.. jika diminta untuk menjadi sukerela dan diletakkan epal di kepale kita untuk ditembak.. adakah kita yakin.. yakin bahawa peluru itu tidak akan mengenai kita?? ye jelaslah bahawa keyakinan kita masih ade cacat celanya..

Yakin dengan Kuasa Allah.. Allah akan mempermudahkan segalanya untuk kita.. Allah itu adalah yang Maha Kuasa.. tidak akan ada satu pun perkara yang boleh memudharatkan kita selain dari izin Allah..

Lihatlah tatkala Nabi Musa melarikan bani Israel.. Terperangkap di tepi lautan.. dikejar Firaun..  dengan keyakinannya yang utuh kepada Allah SWT.. laut itu mampu terbelah tatkala dihentakkan tongkatnya.. Allahuakbar...


Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

SPM Result Quotes

How Easy Doing Dakwah Actually Is..