KEK COKLAT KUKUS ala Qi Diey


Assalamualaikum
Semalam dah buat Pizza.. n hasilnye.. hampehhh hari ni nak cube buat Kek Coklat Kukus plak.. haha
Actually masuk ni dah tiga kali saye buat Kek Coklat.. but 2 kali tu Fail.. haha 2 kali tu gune oven.. ni nak try  kukus plak..  
so tadi takde niat ponn nak buat kek.. ye lah kan.. I prefer to surf internet all day long.. haha but tadi my sister suggest to make a cake today..
So I started my car's engine and when to the nearest Supermarket Called PKT.. bought all the Ingredients needed to make this cake.. ahha
so ni lah senarai bahan2 n cara membuat kek coklat kukus
Resepi kek coklat moist guna minyak 
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( Qi guna serbuk koko jenama Tugor Gold)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.
p/s: untuk toping pula jika suka :
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
campurkan semua bahan di atas dan masak secara double boiler. Hias mengikut citarasa masing-masing.
korang kalau terliur resepi yang Qi buat ni.. jangan orgh segan silu cuba kat Rumah yew.. hehe

Comments

  1. Kek coklat lg.buh la resipi duriye crepe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. dah tu je aku reti.. hahaha. Durian Crepe.. korang beli je dulu.. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

BARANG BARANG UNTUK KE PLKN 2013

'Bienvenue' Third Semester