Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Allahumma salli ala saidina Muhammad.. Wa ali saidina Muhammad...

Jom lah kita berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad...



Yup... esok Maulidur Rasul.. ape tu Maulidur Rasul?? Maulidur Rasul tu... hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

12 Rabiul Awal Tahun gajah ialah hari bersejarah bagi umat Islam.. hari ini lah Rasul Allah yang terakhir telah dilahirkan ke dunia..

Baginda lahir tanpa Ayah tersayang di sisinya... Muhammad Bin Abdullah .. sebuah nama yang agung di dalam peradaban manusia..

Aminah Binti Wahab melahirkan Baginda... beliau terpaksa meneruskan kehidupan tanpa suami tercinta di sisinya..

kenape tahun tersebut dinamakan Tahun Gajah??

sume ni tercetus apabila Abrahah yang bengang kerana hasratnya untuk menghilangkan tumpuan manusia terhadap Kaabah di Mekah gagal..

Abrahah telah membina sebuah Gereja yang sungguh besar di San'a.. tapi tiada seorang pon yang mengunjungi Gereja tersebut..

pada suatu hari.. Abrahah mendapati terdapat seketul najis di hadapan Gerejanya... die merasa sungguh terhina.. huhu die cam yang najis tu najis manusia.. hehe

so die pon menyusun anggota askarnya untuk menyerang Kaabah.. tentera yang juga dilengkapi dengan beribu ribu Gajah ini bergerak ke Mekah...



sampai sahaja di Mekah.. Abrahah telah merampas beratus unta milik Abdul Mutalib yang merupakan datuk Nabi Muhhamad..

Abrahah menyatakan hasratnya untuk menghancurkan Kaabah... tetapi Abdul Mutalib meminta supaya unta untanya dikemablikan semula.. beliau berkata bahawa Kaabah sudah mempunyai Pemilik yang akan menjaganya...

so Abrahah pon pulangkan unta Abdul Mutalib dan dengan panas hatinya.. die dan anggota askar nye menuju ke Kaabah untuk diranapkan..

Allah telah mengutuskan Burung burung Ababil yang membawa ketulan batu berapi untuk memusnahkan tentera bergajah Abrahah... batu api berketul tersebut telah menembuskan badan tentera bergajah tersebut seperti daun yang dimakan ulat...



terhapus lah tentera bergajah Abrahah dan tahun tersebut digelar Tahun Gajah...

begitulah sejarahnya ye adik adik .. huhu...

so lepas ni marilah kita sama sama membasahkan bibir dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW...

#Salam Maulidur Rasul

Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

SPM Result Quotes

How Easy Doing Dakwah Actually Is..