HIDAYAH MILIK ALLAH

terjemahan ayat


Allah s.w.t. sahaja yang dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Walaupun manusia tidak mampu memberi hidayah namun manusia perlu berikhtiar untuk mendapatkan hidayah daripada Allah s.w.t.
Tanda seseorang yang mendapat hidayah ialah tingkah lakunya berubah daripada seorang yang kufur kepada Allah s.w.t. kepada seorang yang beriman kepada Allah s.w.t.

HIDAYAH MILIK ALLAH

Hidayah Allah s.w.t. kepada manusia adalah cahaya petunjuk Allah s.w.t. yang memandu manusia ke jalan yang benar.
Hidayah Allah s.w.t. kepada manusia adalah anugerah Allah s.w.t. dalam pelbagai bentuk yang meliputi naluri semula jadi, ilmu, akal, pancaindera, rahmat serta kasih sayang Allah s.w.t. dan perutusan para anbiya. Salah satu bukti yang nyata bahawa hanya Allah s.w.t. yang memberi hidayah kepada manusia ialah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
Jadi, Allah s.w.t. hanya memberikan hidayah kepada sesiapa yang berusaha mendapatkannya. Anugerah akal fikiran kepada manusia untuk membantu manusia membezakan kebenaran dan kebatilan adalah satu bukti yang jelas bahawa hidayah datang daripada Allah s.w.t.
Seterusnya, syarat seseorang yang ingin mendapatkan hidayah Allah s.w.t. adalah beriman kepada Allah s.w.t. dengan penuh keikhlasan, tidak melakukan kemaksiatan serta sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah dan laranganNya.

MANUSIA TIDAK BERKUASA MEMBERI HIDAYAH
Manusia amat memerlukan hidayah daripada Allah s.w.t. agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t. dan bertentangan dengan hukum syarak. Hidayah Allah s.w.t. dapat membantu manusia melakukan amal kebajikan yang diberkati serta mendapat ganjaran pahala.
Malah hidayah Allah s.w.t. juga mampu menjauhkan manusia dari jalan yang sesat serta sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. Dalam usaha memperolehi hidayah manusia perlu banyak berdoa memohon hidayah serta mematuhi dan menghayati segala seruan dan larangan Allah s.w.t.
Penghayatan nilai-nilai akhlak, amalan pembersihan jiwa dan pergaulan dengan alim ulama akan memudahkan usaha memperoleh hidayah Allah s.w.t. Manakala perbuatan dosa, maksiat dan sikap enggan mematuhi perintah dan larangan Allah s.w.t. menyebabkan seseorang terhalang daripada mendapat hidayah Allah s.w.t.
Selain itu, seseorang yang tidak mengamalkan pembersihan jiwa dengan berzikir dan terikut-ikut dengan perangai buruk orang lain juga sukar mendapat hidayah Allah s.w.t

MANUSIA PERLU MEMOHON HIDAYAH ALLAH

Manusia perlu sentiasa berdoa dan berusaha untuk mendapat hidayah Allah s.w.t.. Sikap manusia suka melakukan amalan kebaikan dan istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t. dapat membantu manusia mengekalkan hidayah Allah s.w.t.
Antara doa yang berkesan untuk mengekalkan hidayah ialah doa yang terdapat dalam surah Ali Imran, ayat 8, yang bermaksud :-

mereka berdoa

Selain itu, manusia semasa memohon hidayah Allah s.w.t. perlu sabar, tidak riak dan redha dengan ujian Allah s.w.t.
Manusia juga perlu menggunakan akal fikiran memohon hidayah Allah s.w.t. dengan cara mengkaji dan meneroka alam semesta untuk memahami dan mengetahui rahsia alam dan bukti keesaan Allah s.w.t. Akal fikiran sangat berguna untuk mendalami dan memanfaatkan ilmu pengetahuan serta menyebarkan ajaran Islam dan menguasai pelbagai bidang ilmu.
Banyak akibat buruk menimpa manusia jika tidak mendapat hidayah Allah. Mereka yang tidak mendapat hidayah Allah akan kekal dalam kekufuran dan hidupnya penuh dosa serta rasa berat melakukan ibadah. Selain itu, seseorang yang gagal mendapat hidayah Allah s.w.t. sentiasa menghadapi kesukaran beribadah, mudah terpengaruh dengan godaan syaitan, tidak dapat menerima nasihat dan mengamalkan sifat-sifat tercela.

TUGAS MENYAMPAIKAN DAKWAH
Dakwah bermaksud ajakan atau seruan kepada manusia ke jalan yang benar dan mematuhi perintah Allah. Dakwah dalam Islam meliputi dakwah kepada orang bukan Islam dan dakwah kepada orang Islam. Dakwah kepada bukan Islam ialah mengajak mereka berfikir dan menerima Islam. Manakala dakwah kepada orang Islam ialah menyebarkan ilmu pengetahuan Islam dan memelihara kesucian agama Islam.
Islam menuntut penganutnya berdakwah untuk memenuhi tugas manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. yang berkewajipan menyampaikan dan menyebarkan Islam kepada orang Islam dan bukan Islam. Dakwah dalam Islam adalah salah satu cara untuk menyedarkan manusia tentang hak dan batil serta membanteras kemungkaran dan perbuatan keji dalam masyarakat. Dakwah juga merupakan satu cara yang sangat berkesan untuk mewujudkan suasana aman dan damai dalam masyarakat dan negara.

KESAN HIDAYAH ALLAH
Hidayah Allah s.w.t. mampu mengubah manusia tidak beriman kepada seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. Ibadah orang yang mendapat hidayah Allah s.w.t. meningkat dengan amalan-amalan yang baik. Seorang yang mendapat hidayah Allah s.w.t. akan sentiasa ingin melakukan amar makruf nahi mungkar.

PENGAJARAN AYAT

Allah s.w.t. sahaja yang berhak memberi hidayah kepada manusia. Hidayah Allah s.w.t. bukan sahaja mampu mengubah manusia daripada keadaan kufur kepadaNya kepada keadaan seorang yang beriman. Manusia harus banyak berdoa memohon hidayah Allah s.w.t. kerana hidayah adalah nikmat yang paling besar kepada manusia.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

SPM Result Quotes

Ini Sejarah Kita ISK