MANUSIA PERLU BERSYUKUR


MENSYUKURI NIKMAT ALLAH


Pelbagai kemudahan disediakan oleh Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan harian. Nikmat Allah SWT merupakan bukti kasih sayang Allah SWT terhadap manusia. Nikmat Allah SWT untuk manusia termasuklah yang paling agung, nikmat Islam dan Iman. Selain dari itu, adalah nikmat kesihatan tubuh badan, akal fikiran yang waras, fizikal yang sempurna serta bentuk muka bumi yang sempurna bagi manusia menjalani kehidupan harian.
Justeru itu manusia hendaklah sentiasa mensyukuri nikmatNya dengan sepenuh hati iaitu dengan sentiasa mengingati Allah SWT serta merendah diri terhadap kekuasaannya. Lidah kita hendaklah sentiasa mengucapkan zikrullah dan membaca Al Quran serta manfaatkan anggota badan kita untuk membuat kebajikan seperti menderma.
Setiap insan di muka bumi ini hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT dengan mematuhi segala perintah Allah SWT serta meninggalkan laranganNya. Kita juga hendaklah sentiasa manfaatkan segala kurniaan Allah SWT pada jalan yang diredai Allah SWT dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

KEMUSNAHAN YANG MENIMPA KAUM A'AD, LUTH, TSAMUD  IKTIBAR UNTUK MUDA
Allah SWT telah mengurniakan pelbagai nikmat ke atas kaum-kaum terdahulu namun mereka tidak mensyukuri nikmat yang diberi malah melakukan pelbagai kezaliman dan bersikap sombong, angkuh serta takbur. Justeru, Allah SWT membinasakan kaum tersebut dengan azab yang dahsyat.
Kaum ’Ad yang menolak ajaran Nabi Hud a.s. serta tidak beriman diseksa dengan turunnya angin puting beliung. Kaum Tsamud dibinasakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat kerana bersifat angkuh dan tidak beriman serta menuduh Nabi Saleh a.s. sebagai pendusta. Kaum Lut yang mengamalkan homoseksual dan menolak ajaran Nabi Lut a.s. diazab oleh Allah SWT dengan bumi diterbalikkan dan semuanya musnah.
Semua manusia perlulah mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah kemusnahan kaum-kaum terdahulu agar tidak melanggar perintah Allah SWT Manusia perlulah setiasa mensyukuri nikmatNya dan tidak bersikap sombong dan ego dengan kekayaan serta kedudukan yang dimiliki. Manusia hendaklah sentiasa sedar bahawasanya Allah SWT yang maha berkuasa di alam semesta ini.

MANUSIA IALAH KHALIFAH ALLAH SWT
Manusia sebagai khalifah Allah SWT bertanggungjawab terhadap Allah SWT dan alam semesta. Dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT manusia perlu beribadah kepada Allah SWT, menunaikan perintahNya, amanah terhadap segala suruhan serta mensyukuri nikmatNya, menegakkan Amar Makruf Nahi Munkar dan sentiasa menjaga agamaNya. Selain itu, manusia perlu menguruskan dan membangunkan alam berlandaskan syariat Islam demi kesejahteraan dan kemakmuran semua makhluk alam semesta.

PENGAJARAN AYAT
Dengan mempelajari sejarah kemusnahan kaum-kaum terdahulu seperti kaum ’Ad, kaum Tsamud dan kaum Lut menjadi iktibar kepada umat Islam agar tidak kufur dan mendustakan agama. Kewajipan adalah mensyukuri nikmat Allah SWT dan menjadi pentadbir serta pengurus alam yang amanah. Manusia perlu sedar bahawa Allah SWT berkuasa dan tidak pilih kasih semasa menurunkan balasan azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

How Easy Doing Dakwah Actually Is..

Contact Again..