RASUL PENYAMPAI WAHYU


Para rasul tidak dilantik oleh Allah s.w.t. untuk menjaga khazanahNya. Allah sahaja yang berkuasa penuh mentadbir dan mengurus khazanahNya tanpa memerlukan sebarang kuasa lain.
Para rasul juga bukan malaikat dan tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib kecuali apa yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Malah para rasul adalah manusia biasa yang menurut wahyu Allah s.w.t.
Orang-orang yang buta ialah mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk memahami wahyu Allah s.w.t. Manakala orang-orang yang celik ialah mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. dan memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk mengetahui dan menggunakan akal untuk memahami wahyu Allah s.w.t.
RASUL PENYAMPAI DAN PENERIMA WAHYU
Tugas utama rasulullah adalah sebagai pembentuk akidah manusia daripada kesesatan supaya beriman kepada Allah s.w.t.
Baginda juga membimbing dan memperbaiki akhlak manusia supaya menjadi insan yang berakhlak mulia dan terpuji serta mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
Islam ajaran rasulullah mengajar manusia cara hidup bermasyarakat dan bertamadun serta sentiasa mengajar manusia supaya sentiasa melakukan kebaikan berlandaskan syariat Islam.
PERKARA ATAU KEJADIAN GHAIB
Perkara-perkara ghaib adalah perkara atau sesuatu kejadian di luar jangkauan akal manusia. Semua perkara ghaib berlaku hanya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah sendiri hanya memahami perkara ghaib dengan petunjuk Allah s.w.t. Ada perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. iaitu tarikh Kiamat. Perkara ghaib yang pastinya berlaku iaitu kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat, iaitu wujudnya malaikat, jin, syurga dan neraka.
Kejadian yang telah berlaku yang terdapat dalam Al Quran iaitu kisah para nabi. Penemuan melalui hasil eksperimen iaitu penemuan logam bernilai dalam bumi. Manusia perlulah menggunakan akal fikiran untuk berfikir betapa bijaksana Allah s.w.t. dalam mengatur perjalanan alam ini. Umat Islam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat berfikir secara ilmiah dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan Allah s.w.t.
Umat Islam yang berpendidikan akan dipandang mulia oleh masyarakat lain serta dapat bersaing dengan umat-umat yang lain. Dengan ilmu pengetahuan yang lengkap maka mudahlah umat Islam menyebarkan syiar Islam dan membangunkan negara dan masyarakat Islam.

TUGAS MANUSIA
Untuk mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat, maka hendaklah sentiasa mengikut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Manusia perlu berusaha dan berikhtiar dengan meneroka khazanah alam iaitu di lautan daratan dan angkasa lepas untuk kegunaan kehidupan manusia sejagat. Manusia dengan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. hendaklah sentiasa menjalankan penyelidikan dan kajian agar khazanah dunia digunakan dengan sewajarnya .
Manusia hendaklah mencari kurniaan untuk akhirat di samping tidak melupakan tuntutan kehidupan di dunia. Mempercayai wahyu dari Allah s.w.t. adalah wajib dan manusia perlu berfikir berlandaskan wahyu supaya kehidupan kita diredai Allah s.w.t.


PENGAJARAN AYAT

Para rasul adalah pembawa wahyu dan kita wajib mentaati rasul kerana mereka adalah utusan Allah s.w.t. Para rasul dan nabi adalah manusia biasa pilihan Allah s.w.t. Allah s.w.t. maha berkuasa dan tidak memerlukan pembantu. Kita hendaklah sentiasa membuat sebarang keputusan dalam kehidupan harian berlandaskan wahyu supaya hidup selamat dan diberkati dunia akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

How Easy Doing Dakwah Actually Is..

Contact Again..