LARANGAN MEMPERSENDA AGAMA


Allah memberi amaran dan ancaman kepada golongan musyrikin dan munafik agar tidak mempermainkan dan mempersendakan ajaran Islam. Umat Islam harus berwaspada dengan golongan yang mempersendakan agama Islam.
Allah juga memberi peringatan bahawa golongan manusia yang diperdayakan oleh kehidupan dunia adalah disebabkan perbuatan dan usaha mereka sendiri. Malah mereka yang ingkar akan diseksa dengan azab neraka.
Seterusnya, azab Allah s.w.t. adalah sangat pedih dan seksa sakitnya tidak tertahan oleh manusia. Allah s.w.t. sahaja yang mampu menolong dan memberi perlindungan kepada manusia daripada seksaan azab neraka yang sangat dashyat.
LARANGAN MEMPERSENDA AGAMA
Golongan musyrikin dan munafik amat benci ajaran Islam serta mempermainkan dan mempersenda rasulullah dan ajaran Islam
Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyampaikan ancaman kepada golongan yang mempersendakan ajaran agama Islam. Mempersenda ajaran agama Islam meliputi semua perbuatan manusia melalui lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat agama.
Perbuatan yang sedemikian termasuklah memperkecilkan tuntutan agama dan bangsa apabila melanggar larangan Allah s.w.t., menghina orang yang bertakwa dan menyanjung perbuatan maksiat.
Perbuatan mempersendakan agama adalah seperti tidak bersolat, makan di siang hari pada bulan Ramadan di khalayak ramai dan tidak membayar zakat yang difardhukan akan merendahkan syiar Islam dan dimurkai Allah s.w.t.

GOLONGAN YANG MEMPERSENDA AGAMA
Golongan_yang_mempersendakan_agama_Islam.jpg

TUNTUTAN MEMELIHARA AGAMA
Menghayati dua kalimah syahadah dengan sepenuh jiwa dengan membuktikan dengan segala perbuatan kita. Menjadi umat yang disegani di kaca mata dunia dengan mempraktikkan ajaran agama Islam dalam semua aspek kehidupan dalam diri, masyarakat dan negara.
Mempertingkatkan taraf hidup umat Islam dengan mempamerkan peribadi mulia masyarakat Islam dan menguasai ilmu sains dan teknologi serta menggunakan ilmu berkenaan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam menerusi landasan syiar Islam, agar agama Tauhid ini disegani dan menarik minat masyarakat sejagat.

HARTA KEKAYAAN PANGKAT IALAH UJIAN ALLAH
Islam tidak memandang harta dan pangkat dalam mengukur taraf seseorang. Ajaran Islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan asalkan ianya menerusi sumber yang halal dan mengikut prinsip-prinsip syarak. Harta yang banyak perlulah dibelanjakan untuk kepentingan Islam seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Abdul Rahman bin Auf.
Harta kekayaan sesungguhnya adalah kurnia dari Allah s.w.t. Ianya bukan matlamat hidup kita. Harta yang dikurniakan perlu dibelanjakan untuk menikmati kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
PENGAJARAN AYAT
Umat Islam wajib menjaga kesucian agama Islam. Allah s.w.t. menjanjikan seksaan yang amat pedih bagi golongan yang mempersendakan agama Islam. Agama Islam tidak boleh digunakan bagi kepentingan individu atau golongan tertentu. Umat Islam perlu elakkan diri dari perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri dan agama Islam. Harta kekayaan dan pangkat tidak bermakna jika tidak digunakan mengikut syariat Islam dan tidak dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.



Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

How Easy Doing Dakwah Actually Is..

Contact Again..