Alhamdulillah Untuk Segalanya.
Assalamualaikum dan selamat malam.
Hidup ini selalu berubah. Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitu juga sikapku. Kadang-kadang aku suka sesuatu perkara dan kadang-kadang aku tidak lagi gemar dengan perkara itu.
Allah SWT menciptakan manusia dengan mempunyai hati. hati ini sifatnya berbolak balik. Kejap suka kejap benci. Ya. Aku akur dengan ketentuan Ilahi.
Hatiku juga begitu. Kejap aku suka melakukan amal ibadah, kejap aku suka dengan perkara yang melarakan. Sebulan rasanya aku hanyut dalam arus deras dunia. Aku lupa akan tujuan aku hidup di dunia ini. Amal ibadah dilakukan sekadar cukup syarat. Apakah Allah menerima ibadahku?
Tanya pada diri. Kau diciptakan di muka Bumi ini untuk apa? Untuk dengar muzik, untuk menonton filem, untuk melihat klip-klip video yang kadang kala langsung tidak melambangkan peradaban manusia? Adakah itu tujuan aku hidup kelmarin, hari ini dan juga esok?
Ya setiap daripada manusia jika ditanya pasti menginginkan syurga sebagai tempat pulang di akhirat nanti. tetapi adakah hari ini, saat ini kita beramal dengan amalan ahli syurga. Jika kita sedang melakukan amalan ahli neraka, jangan berhajat untuk mengimpikan hidup senang lenang dalam syurga.
Allah itu maha Adil. Maha Bijaksana. Dia mengetahui setiap apa yang terdetik di hati manusia. Siapalah aku untuk berceramah di amlam buta ini. Aku juga seorang pendosa. Hari-hari buat dosa. Ingatlah bahawa Allah itu sentiasa ada untuk mereka yang ingin kembali kepadanya. Allah itu Maha Menerima Taubat dan Maha Pengampun.
Sebesar manapun dosa yang Engkau pernah lakukan, jika engkau bertaubat memohon untuk kembali berada di jalannya yang lurus. pasti Allah akan mengampuni dosa-dosa kita. Banyakkan beristigfar memohon keampunan dari Allah.
Setiap hari-hari yang kita lalui, janjilah pada diri untuk berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Allah telah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat ke-152.
'Fazkurunii azkurkum' yang bermaksud 'Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu, pasti Aku ingat kepadamu.
Ya secara terang lagi bersuluh, Allah telah memberiktahu kita bahawa untuk Allah ingat akan kita, kita perlu mengingatinya. Setiap perkara yang kita lakukan ingatlah bahawa ada Allah sedang memerhati. Subhanallah. jika kita ingat akan Allah nescaya Allah akan ingat kepada kita.
Bagaimana Allah ingat akan kita? Allah akan ingat kepada hambanya dengan memeberi rezeki yang melimpah ruah, kesihatan diri dan keluarga, lapang dada, cerah minda, tajam akal, kuat hafalan dan macam-macam lagi. oleh itu sentiasalah melatih diri untuk melihat sesuatu dengan mata hati. Fikirkan siapa yang menciptakan semua perkara yang berada di samping kita. Udara yang kita hirup dan hembus itu. Dengan kuasa siapa kita mampu melakukannya.
Andai kata Allah tidak mengizinkan lagi kita menghirup udaranya. maka bawalah berpuluh-puluh tangki oksigen pasti tidak mampu membantu. Jadi saya berharap agar kita semua sempat diberikan peluang oleh Allah untuk kembali ke jalan yang benar. Jalan lurus yang sentiasa kita minta di dalam solat melalui surah Al Fatihah. Sebelum nyawa berada di kerongkong, marilah kita sama-sama berhijrah dengan bertaubat serta meminta hidayah dari yang Maha Esa, Allah subhanahuwataala. InshaaAllah
Seandainya Allah menyuluh sinar hidayah ke hati kita, maka hargailah anugerah itu. Janganlah kita mensia-siakannya. pintalah kepada Allah untuk tidak memesongkan hati kita setelah merasai sinar hidayah dariNya.
Wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum.

Comments
Post a Comment