Keep on Thanking.
Assalamualaikum
Dear diary, lol takyah nak bajet Princess Diaries sangat la.. (sedar diri pon blog kau takde orang bace) hikhik
Akhir-akhir ni semua yang terjadi telah membukakan mata aku. Buka mata aku seluasnya. Melihat kepada wujudnya aku di dunia ini dengan perspektif yang cukup berbeza. Membuatkan aku kembali berfikir atas semua yang telah diberikan untukku.
Dunia ini sememangnya tempat persinggahan. Kita singgah sini nak cari amalan dan pada masa yang sama menjalani ujian yang diberi nama HIDUP. Apa yang kita lakukan dengan nikmat kehidupan yang diberikan?
Cari duit? Kerja? Shopping? Makan? indeed yang tu emmang perlu. Tapi apakah matlamat utama kita hidup. Cuba fikir luar otak sikit. (bukan ke pikir luar kotak?) Sorry fikir dalam otak dan renungkan alam.
Adakah alam ini tercipta sendirinya? Adakah manusia tiada tujuan hidup. Adakah segalanya tidak bermakna? Nope.
Itu apa yang Atheis pikir. Bodoh je kan bunyi nye. Tapi aku tetap doakan agar atheis2 yang pernah bertembung conversation ngan aku diberikan petunjuk dari yang Maha Memberi Petunjuk.
Kehidupan sebagai tempat ujian. Ujian apakah? Bertulis kah? Lisan kah? Jawabnya semua di atas.
Setiap dari kita yang mempercayai kewujudan kehidupan stelah mati ini menginginkan tempat kembali yang baik. Kenapa dinamakan tempat kembali? Sebab kita datangnya dari situ. Tok dan Nenek Adam Hawa kita asalanya dari sana. Kita pun ingin ke sana bukan?
SYURGA. Tempat pulang yang terbaik dijanjikan Allah kepada hambaNya yang lulus dalam ujiannya. Allah itu Maha Adil. Dia memberikan kita pilihan di dunia ini samada untuk memtaatiNya atau untuk mengingkariNya. Balasan juga telah dimaklumkan kepada kita. Ikut perintah, Syurga. Langgar perintah, Neraka.
Pasti kita tidak dapat bayangkan seberapa dahsyatnya neraka itu jika tidak digambarkan azabnya di dalam kitab yang suci, mukjizat kepada Nabi terakhir, Muhammad SAW. Neraka itu sungguh pedih sungguh sakit sungguh kejam. Mahukah kita ke sana?
Jika tidak mahu dihumban ke neraka, kenapa kini kita berkelakuan seperti ahli neraka yang disifatkan di dalam Al-Quran?
Kita punya ego. Bagi yang lelaki baik perempuan. Masing-masing punyai ego.
"Aku nak pakai seluar pendek hari ni, rimaslah panjang-panjang ni. Panas plak tu"
"Aku nak kaler rambut warna oren kulit limau then aku nak tayang kat Instagram. Sure masuk @melayukacak punya"
Sedangkan masing-masing sudah tahu apa yang dilakukan itu melanggar perintah Allah. Barangkali mereka fikir Allah tidak berkuasa ke atas mereka?
Saya juga begitu, belum benar-benar mengikut segala syariatnya. Memang sifat manusia. Mudah tergoda dengan bisikan syaitan dan mudah menurut hawa nafsu. Cukuplah kita lalai dalam gelombang dosa. Bangkitlah mencari sinar hakiki.
Setiap kali kita melakukan dosa, maka ingatlah kepada Allah dan pohonlah ampun kepadaNya. Allah itu Maha Pengampun. Berusahalah untuk memperbaiki diri dan berazamlah untuk meninggalkan dosa yang dilakukan. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Dampingilah orang-orang yang berakhlak mulia. InshaAllah berjangkit kepada kita nanti sifat mereka. Kita punyai kawan yang sama dengan kita dalam kancah yang hina suatu ketika dahulu. Kita tidak mahu mereka terus terleka. Kita doalah kepada Allah supaya hidayah dan petunjuk diberikan kepada kawan-kawan kita.
Syurga Allah itu luas. Tidak mahukah kita melihat sahabat kita ke sana juga? Benar saya kini rindu dengan sahabat kiriman Allah di UiTM Shah Alam. Segalanya begitu indah, terjadi seperti magis. Sekelip mata, Allah memberikan mereka untuk bersama saya. Namun ada ketika, saya sepeti ingin menjauhi mereka. Berbagai alasan diberikan untuk mengelak mereka. Semua itu tidak lain tidak bukan kegagalan saya untuk melawan nafsu.
Di waktu berseorangan sebegini, rasa rindu untuk mengkaji Al-Quran itu timbul kembali. Bulatan baraqah itu diimpi dan senyuman manis terukir di bibir mereka itu dibayangkan.
Terima kasih kepada Sang Pencipta, setelah aku jatuh dan terus terduduk, selesa melakukan dosa, Dia menyapa. SapaanNya ku terima dan aku harap agar aku akan dapat menjaga apa yang telah diberikanNya. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberikan petunjuk kepadaku, kurniakan daku rahmat disisiMu, sesungguhnya Engakau Maha Pemberi Kurnia.
Jadikanlah siangku lebih terang. jadikanlah malamku lebih indah.
Terima kasih untuk segalanya.

Comments
Post a Comment