Majlis Akikah

Assalamualaikum..

Yup nak buat jurnal skit start hari Jumaat Boleh tak?? mestilah boleh because this is my blog wakakkaa..

so Jumaat... Hurmmm recall Amin.. what did you do?? Hurm firstly wake up.. (yeahh still alive) and then Mandi.. Mandi berniat tau.. niat ape?? niat mandi sunat Jumaat la.. hahahaha.. jangan niat lain plak .. mentang2 la semalam malam sunat.. but Im single.. not yet married so no activities need to be done on that night.. hahahahaha

Actually Mak saya buat makan-makan kat rumah sempena majlis Akikah my niece named Sharifah Az-Zahra. So buat la gulai kambing, dalca kambing and also Ayam goreng resipi Fatin Nadia (sape tuhh) she's my sister la..


yang baju cheongsam putih duduk cam samseng itulah Sharifah Az Zahra...

hurm agak ramai yang hadir memeriahkan majlis and for the morning time pak-pak lebai datang kiteorang buat la solat hajat.. mintak dimurahkan rezeki dan sentiasa dicurahkan rahmat. rahmat apa? Rahmat Ekamatra?? of course la tak. mintak Rahmat yang elok2 la.. hehehe name pon rahmat mesti la elok.. (KITE BUKAN NAK BELAJAR VOCAB ARAB KAT SINI) ye la.. Allah Itu Pemberi Rahmat.. so mintak lah supaya diberikan rahmat Kesihatan, kelapangan masa, Hujan, Murah Rezeki, Famili Bahgia dan sebagainya... tak gitu?

Yup Allah berfirman "Ud'uni Astajib Lakoum" yang bermaksud 'berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu makbulkan'

Jadi selalulah berdoa.. ringankan tangan untuk memohon dariNya..

then I went to Solat Jumaat at Masjid Binjai.. hurm agak diluar tabii disitu sebab usually saye solat Jumaat kat Masjid Sultan Ismail Petra kat Kubang Kerian.. park keta plak tepi balai polis.. hurm actually boleh nampak agi keta Persona yang terlibat lam kejadian tembak menembak kat Area Binjai tak lame dulu bertenggek dengan cukup sopan lam pagar Balai Polis ngan kesan das-das tembakan menjadikan keta tersebut seanggun Chipsmore.

Balik Jumaat still banyak tetamu kat.. Mak-mak Gayah ngan Mak Esah datang bertandang.. Tak lame selepas tu Kawan baik saya Amalina pon datang. Amalina memang seorang yang tidak asing lagi di rumah saya. Seluruh keluarga saya mengenali Amalina sebab apa? sebab keramahan Amalina terhadap semua makhluk disampingnya.. huhuhu...

sambil berbual-bual ngan Amalina datang pula Hafiz.. tersenyum lebar di bibirnya.. huhuhu Now im feeling happy coz ade jugak kawan yang sudi datang ke rumah.. agak lame kami berbual and mostly the topic is about "Kilauan Emas" yang ketika itu bersiaran Ulangan di kaca televisyen.. hurm banyak lah komen juri2 jemputan yang ada kat rumah saye terhadap semua contestant Kilauan Emas tersebut..

Hampir sejam barulah dieorang menjamah hidangan yang disediakan tu pun selepas dipaksa mak saya yang tercinta.. huhuhu dieorang sebenarnya dah makan kat rumah.. tu yang lambat nak baham makanan... huhuhu.. right after makan dieorang blah cenggitu je.. tak tinggal duit pon.. hahahhaha (name pon makan free)

Actually kiteorang plan nak gi makan somewhere maybe tomorrow night because Amalina wants to continue her Practical stuff and need to leave Kelantan by this Thursday.

After they left, Im actually wanted to sleep so pergilah ke bilik nak beradu seketika and ..... my sister said my friends were at my door... I was really shocked because i expect no one else would come to my house and that is why i want to sleep.. bangunlah dalam keadaan mamai and enguk ke luar.. rupanya rupanya....

*macam dah panjang je.. bersambung lah ye...

Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

How Easy Doing Dakwah Actually Is..

Contact Again..