TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK



Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini, sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai yang baru saja diijabkabulkan semalam.
Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad SAW,
Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

Nama Pengantin …………………………………………… dan ……………………………………………………….
Dgn lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih, dipersilakan.
Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW

 (tunggu sampai tetamu duduk)
…………………………………………………………………………………………....................

Bismillahirrahmanirrahim
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Allah SWT  berfirman dalam Surah Ar-Ruum  ayat 21 yang bermaksud;
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis riwayat Imam al-Baihaqi


Yang dihormati,
1.      Nama VIP…………………………………………………………………
2.       ……………………………………………………………………………..
3.      Dato’-dato’, Datin-datin, Dif-dif kehormat, pasangan pengantin yang diraikan, ahli keluarga, rakan taulan dan para hadirin hadirat, tetamu yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Walimatul Urus (nama pengantin lelaki dan perempuan)

Subhanallah pagi dan petang,
Ganjaran pohon di dalam syurga,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Ya Allah wahai Tuhan kami, satukanlah jua hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah, kekalkanlah jodoh ini hingga ke jannah, dan mudahkanlah urusan mereka dengan berkat ikatan suci ini.

Bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz ………………………………………………………

Dengan segala hormat, dipersilakan.

~DOA~

Amin amin ya rabbal ‘alamin
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz …………………………………… di atas bacaan doa sebentar tadi.


Sebelum kita meneruskan majlis, eloklah kiranya saya memperkenalkan serba sedikit mengenai pasangan pengantin yang diraikan

Pengantin lelaki adalah putera kepada (nama bapa pengantin lelaki dan nama ibu). Anak ke-6 dari 10 beradik ini, lebih dikenali sebagai man dikalangan ahli keluarga. Dilahirkan pada ................., (nama) pernah mendapat pendidikan menengah ................ Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, ibu pengantin perempuan juga pernah berkhidmat di sekolah tersebut dan ............... adalah salah seorang pelajar yang diajarnya. Mempunyai sifat yang tabah dan sabar, ................ kini menuntut di ............... (buat details mengenai  pengantin lelaki)

Bagi pengantin perempuan pula, gadis cantik dan pendiam ini merupakan puteri kepada………………………………. . (nama pengantin perempuan) atau lebih dikenali sebagai kak lang merupakan anak ke-.... dari .... beradik. Untuk pengetahuan semua, adik-beradik pengantin perempuan sangat unik. Empat pertama adalah perempuan, anak ke-5 adalah lelaki dan empat terakhir juga perempuan. Gadis yang dilahirkan pada .......................... ini menamatkan zaman persekolahannya di ........................ dan kini sedang menuntut di ..................... (buat details mengenai pengantin perempuan)

Indah bernyala si kunang-kunang,
Terbang hinggap di atas batu,
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada setahun yang lalu. Setelah mendapat restu keluarga dan mendapat petunjuk dari Tuhan Yang Maha Esa melalui solah istikarah yang dilaksana, Alhamdulillah pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia pada pagi ini.

Buah zaitun buah Tin,
Rezeki Allah sama nikmati,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda bahagia bersulam di hati.

Tak kan sempurna alu tanpa lesungnya
Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya…
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya….
Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada yang berbicara

Dengan ini, Majlis ingin mempersilakan ………………………………. selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………….. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan ……………………………………….selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………….. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah

Cantik berseri si Bunga Kemboja,
Indah bersinar cincin di tangan,
Juadah istimewa penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan kedua-dua pasangan Raja sehari untuk bersantap di meja beradab yang dihias indah.

(Sambil pengantin turun)

Tinggi-tinggi si pokok Gaharu
Tinggi lagi si pohon Kemuning
Silalah sila pengantin baru
Jodoh berpaut jalan berganding

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama-sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu-alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ya penuh barakah ini. Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.
 Selamat menjamu selera..

 (makan 15 minit)

…………………………………………………………………………………………………………………………..

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Hidup berkat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Penawar hati penyejuk mata

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat tuan-tuan dan puan-puan semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Saya Amin Rashidi bin Ramli ingin memohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri. Dengan ini saya mengucapkan salam hormat buat semua.

Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua pasangan pengantin, bakal menjalani bahtera rumahtangga dengan penuh hemah dan kerukunan. Semoga mencapai mardhatillah dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah untuk menghuni Jannatul Firdausy. InshaaAllah.
 Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

………………………………………………………………………………………
(Tertakluk kepada pindaan perjalanan majlis)
1)      Kepada tetamu yang ingin bersalaman dengan pengantin, bolehlah membuat barisan iaitu tetamu lelaki di sebelah kanan dan tetamu perempuan di sebelah kiri pintu masuk dewan. Bagi yang masih makan, teruskan menikmati hidangan yang telah disediakan.


2)      Kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta sahabat handai dan tetamu yang ingin bergambar dengan pasangan pengantin, diminta tunggu sebentar. Insha Allah.

Comments

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..saya mohon izin untuk menjadikan skrip tuan sebagai rujukan untuk saya buat skrip. dan saya mohon izin utk mengubah mengikut kesuaian majlis. terima kasih. mohon halal ya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya mohon izin untuk menggunakan skrip tuan ini sebagai rujukan untuk skrip saya. Dan mohon untuk saya mengubahnya mengikut kesesuaian majlis kami. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya nak guna skrip ni utk buat skrip ye..harap halal kn

    ReplyDelete
  4. Mohon izin nak copy & use & edit sikit2 utk jalan pengucapan tuan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mhon djdikan rujukan

    ReplyDelete
  6. Saya mahu menggunakan skrip ini untuk perkahwinan cik cil saya semoga halal

    ReplyDelete
  7. mohon izin utk guna skrip bgi majlis sepupu saya

    ReplyDelete
  8. EMY SYAFIKA BINTI KHAIRUDDIN29 November 2018 at 05:18

    Assalamualaikum, mohon izin untuk guna skrip bagi majlis sepupu saya pada ahad ini. Semoga halal dan hidup saudara/saudari diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, mohon keizinan menggunakan skrip sebagai rujukan untuk majlis abang saya 30 dec ini ya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikom, Alhamdulillah cantik sungguh susunan kata kata didalam skrip ini, mak cik mohon keizinan untuk menggunakan skrip ini sebagai rujukan untuk majlis perkahwinan anak mak cik nanti, semoga tuan yang empunya skrip sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah

    ReplyDelete
  11. ASSALAMUALAIKUM TUAN....MOHON IZIN UNTUK MENGGUNAKAN SKRIP INI UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN BAGI MAJLIS...TERIMA KASIH TUAN

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan, mohon keizinan tuan untuk menggunakan skrip ini untuk dijadikan
    rujukan dan panduan bagi majlis perkahwinan.....sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tuan, mohon keizinan tuan untuk menggunakan skrip ini untuk dijadikan
    rujukan dan panduan bagi majlis perkahwinan.....sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  14. teks yg sangat simple sopan kata-katanya.. mohon izin utk gunakan teks ini untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.. semoga tuan sentiasa dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  15. Assalam, mohon izin utk copy teks tuan. Syukran

    ReplyDelete
  16. Assalam...mohon izin untuk salin teks ini ye...harap halalkan..terima kasih..

    ReplyDelete
  17. ayat2 sangat cantik disusun.. mohon untuk dijadikan rujukan teks mc.. semoga tuan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..mohon izin guna skrip ini untuk rujukan saya dan rakan-rakan.. Semoga Allah merahmati mu sentiasa..terima kasih.. =)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Very good script 👍. Mohon share utk majlis adinda saya.

    ReplyDelete
  21. Assalamulaikum.. Mohon izin tuan untuk saya gunakan skrip ini dan membuat sedikit penambahbaikan mengikut kesesuaian majlis ye. Terima kasih.. Semoga Allah merahmati tuan.

    ReplyDelete
  22. mohon izin guna skrip ni ya..terima kasih..

    ReplyDelete
  23. Mohon izin copy n paste ye tuan

    ReplyDelete
  24. Minta izin dijadikan rujukan, terima kasih penulis kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  25. Saya minta izin untuk gunakan teks ini tuan..terima kasih byk2 semoga panjang umur murah rezeki sentiasa, amin

    ReplyDelete
  26. saya minta izin untuk gunakan teks ini tuan... semoga panang umur serta murah rezeki... amin

    ReplyDelete
  27. Mohon izin utk dipakai, semoga Allah memberkati tuan. Aminn

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, mohon izin untuk menggunakan teks ini dalam majlis anak rakan saya. Moga usaha baik perkongsian tuan ini diberkati.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum... Sy mohon untk gunakan skrip en untk rujukan dj sy.. Harap halalkan yew..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum... Sy mohon untk gunakan skrip en untk rujukan dj sy.. Harap halalkan yew..

    ReplyDelete
  31. izinkan saya mengambil skip ini untuk cerita saya ya..harap diizinkan ☺️

    ReplyDelete
  32. Mohon izin tuan. Saya nak rujuk dan gunakannya.

    ReplyDelete
  33. Mohon izin utk saya buat rujukan dan gunakan skrip teks utk majlis kakk & abg..tq

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum Tuan. Saya mohon izin untuk mengubah suai dan menggunakan teks Tuan dalam majlis perkahwinan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  35. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ...
    Izinkan saya gunakan teks ini sebagai rujukan ya... Terima kasih banyak Tuan

    ReplyDelete
  36. Assalammualaikum, Mohon izin jadikan rujukan ya Tuan

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum admin..saya mohon izin gunakan teks ini sbg rujukan
    Terima kasih Tuan. Allah SWT hanya dapat membalasnya. Aaamiin YRA

    ReplyDelete
  38. Terima kasih kerana berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum admin. mohon izinkan saya guna teks ini sbg rujukan utk majlis anak
    Terima kasih Tuan. Allah SWT hanya dapat membalasnya. Aaamiin.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh admin.
    Terima kasih kerana upload skrip ini. Dengan itu, saya ingin mohon izin untuk menggunakannya sbg rujukan utk majlis anak saya.
    Allah SWT jua yang dapat membalasnya. Aaamiin.

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Saya mohon izin tuan tanah untuk menjadikan teks ini sebagai rujukan. Jazakallahu khoiron jaza'.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. Mohon izin untuk jadikan script ini sebagai panduan dan rujukan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum..Mohon izin ambil point2 dalam script ni. Jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. MOHON IZIN GUNA SKRIP,JAZAKALLAH

      Delete
  44. salam, mohon guna skrip untuk perkahwinan sahabat saya

    ReplyDelete
  45. mohon izin meminjam sedikit baris2 ayat dlm skrip..terima kasih

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum. Mohon izin utk guna skrip tersebut sebagai rujukan. Semoga Allah shj yg dpt membalas segala kebaikan perkongsian tuan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  47. ...assalamualaikum...izinkan saya mengguna skrip sebagai rujukan...terima kasih.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum.. Mohon izin utk gunakan sebagai rujukan.. Baru nak belajar2.. Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum. Mohon izin utk guna skrip tersebut sebagai rujukan. Semoga Allah shj yg dpt membalas segala kebaikan perkongsian tuan ini. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SPM Result Quotes

Ini Sejarah Kita ISK