Posts

Showing posts with the label Donation

Kak Syaza's Quote

Assalamualaikum Di sini saya sertakan beberapa kata-kata positif dari Kak Syaza yang saya rasa mamapu memeberi inspirasi dan juga memotivasikan diri setiap yang membaca. "If you want the rainbow,you gotta put up with the rain"  Tukar posisi hati. Tukar istilah masalah pada ujian. Masalah berakhir dgn penyelesaian.Lega.Cukup di situ. Ujian pula berakhir dgn kepuasan. Kepuasan menyelesaikan ujian ibarat duduk menjawab kertas peperiksaan. Lakukan dgn kesungguhan dan pastinya kita akan puas dgn apa pun keputusan  Allah uji tanda Allah sayang. Yakin setiap ujian dah dititipkan hadiah di akhir soalan  Mulai hari ini, ayuh tukar : Ini bukan MASALAH,tapi ini adalah UJIAN  Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Sedikit sabar. Allah bagi lebih :'). Subhanallah  Bismillah. Di saat aku melakar mimpi, aku gambarkan lakaran yang paling cantik. Selesai. Kemudian, aku serahkannya padaMU bagi plot menyempurnakan. Kerana yang cantik ...

Save Palestine!

Image
Assalamualaikum Hari ini dunia kita berdentum dengan bunyi mercun menandakan kegembiraan yang bakal dikecapi menjelang Aidil Fitri. Namun, saudara kita disana dikejutkan dengan dentuman bom yang mensyahidkan seribu nyawa. Owh berbeza sungguh dunia kita. Saat kita bersendawa setelah menjamu selera di meja bersama keluarga, mereka merintih kelaparan dalam kesayuan. Hari ini kita mampu menghirup udara yang percuma dengan senikmatnya, mereka kesah menanti. Apakah mungkin mereka masih bernyawa menyaksikan mentari menyinari bumi mereka pada hari esok. Apakah kita yang dikurniakan nikmat ini tiada rasa ingin membantu mereka? Tiada keinginan untuk melihat senyuman terukir di bibir mereka? Allah itu Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Pemurah... Kita hari ini berbeza dengan mereka kerana rahmatnya. Apakah kita bersyukur?