Save Palestine!

Assalamualaikum

Hari ini dunia kita berdentum dengan bunyi mercun menandakan kegembiraan yang bakal dikecapi menjelang Aidil Fitri.

Namun, saudara kita disana dikejutkan dengan dentuman bom yang mensyahidkan seribu nyawa.

Owh berbeza sungguh dunia kita.

Saat kita bersendawa setelah menjamu selera di meja bersama keluarga, mereka merintih kelaparan dalam kesayuan.

Hari ini kita mampu menghirup udara yang percuma dengan senikmatnya, mereka kesah menanti. Apakah mungkin mereka masih bernyawa menyaksikan mentari menyinari bumi mereka pada hari esok.

Apakah kita yang dikurniakan nikmat ini tiada rasa ingin membantu mereka? Tiada keinginan untuk melihat senyuman terukir di bibir mereka?

Allah itu Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Pemurah...

Kita hari ini berbeza dengan mereka kerana rahmatnya. Apakah kita bersyukur?

Comments

Popular posts from this blog

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK

How Easy Doing Dakwah Actually Is..

SPM Result Quotes